IKLAN

08 March 2012

Cheese Tart & Tempahan


Assalamualaikum...

Satu ketika dulu, agak rancak juga Iera terima tempahan cheese tart tetapi disebabkan masa terhad dan kesihatan tidak mengizinkan Iera stop sekejap walaupun orang asyik bertanya je. Customer kita bukan orang jauh2 pun cuma dekat2 rumah je. Tak termampu untuk buat delivery jauh-jauh.......

Sejak Iera diperkenalkan resepi yang sedap ini dari Kak Azita Zain ni, iera tetap setia pada resepi ni je. Semua customer yang order rata-rata memberikan pujian positif. Kalau tak, takkan dia orang order berulang-ulang kali. Betul tak? Terima kasih pada kak azita kerana berkongsi resepi yang sedap ini.



Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar ) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!


Photobucket

06 March 2012

NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN


Assalamualaikum.....

Tuan rumah tengah rajin ni, kalau dah kena virus malas tak berasaplah dapur kita nanti. Lagipun kita ni hantu kek & muffin walaupun sedang berimpian utk turunkan berat badan. Makin hari makin meningkat je....
Okeylah, kita layan je muffin kat atas tu. Ini kali kedua Iera buat tapi kali ni derhaka sikit sebab menggunakan saki baki stok yang ada.


NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
(recipe souce : adapted from SSB with minor changes)
source : K.Nor@SecubitGaram
*makes 12-14 muffins

Ingredients:
250g plain flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda ~ k.nor letak secubit jer
2 tbsp good quality cocoa powder
170g caster sugar ~ k.nor guna 150gm 
 150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling, i use twist white choc and chocolate chips)- ganti badam & strawberry chip
200ml milk
80ml vegetable oil
1 large egg
1 tsp pure vanilla extract 
 Method:
1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c).
2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.
3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.
4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.
5. Spoon the batter into paper muffin cases.
6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.



Photobucket

05 March 2012

Kek Gula Hangus (Kak Anim)


Assalamualaikum........

Masa kecil-kecil dulu, kakak  Iera kerap buat kek ni tiap kali nak raya. Mungkin kek ni senang kot tapi masa tu kita ni manalah tahu cuma pandai reti makan je. Nak jenguk dapur jauh sekali waktu tu. Rupanya bila dah beranak pinak ni, dapurlah tempat yang selalu kita kena jejaki.

Buat kek ni kejap je lesap, tak sempat simpan untuk esok pun. Lagi pun hubby ira memang suka kek macam ni jika dibandingkan kek2 yang biasa ira buat. Lagipun rasanya tak de muak sangat. Terima kasih buat Kak Anim & Izah kerana berkongsi resepi yang sedap ini. 

KEK GULA HANGUS
sumber: kak Anim
resepi: kak Ana (kawan kak Anim)

*Izah gunakan sukatan cawan mcm kak Anim – cawan

Bahan2

1 gelas gula
1 gelas air

*1 gelas gula di jadikan gula hangus dan masukkan
1 gelas air.hati2 dengan gula yang panas waktu masukkan air

3/4 tin susu pekat-boleh kurangkan ke 1/2 tin
1 gelas tepung
5 biji telur
4 sudu makan margerin *izah guna butter – Iera pun
2 sk soda bikarbonat

Cara

Alas acuan dengan kertas
Lenser acuan dengan margerin-ketepikan
Pukul margerin dengan telur hingga sebati
Masukkan susu dan masukkan gula hangus tadi
Akhir sekali masukkan tepung dan soda bikarbonat
Kacau sebati.
Bakar pada suhu 170 selama lebih kurang 1 jam

04 March 2012

Bihun Soto ADAMI

 Assalamualaikum....

Hari minggu lepas, anak buah ada datang rumah. Elok benarlah ada orang nak datang, dapur pun dah lama tak berasap. Pelan asalnya nak masak soto je buat dia orang tapi hubby iera tak berapa suka sangat masakan macam ni, di samping tu iera sediakan juga bihun untuk dia.
Kalau dulu iera suka guna perencah soto peserai dari batu pahat. Oleh kerana tak de stok, iera rembat je perencah soto Adami ni kat sogo. Sedap juga.............

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™