IKLAN

05 December 2012

Puding Roti Kismis Chef Asma

Assalamualaikum... Teringin nak makan puding roti, selalunya kalau buat asyik tak jadi je. Tiap kali berkursus kat hotel quality , memang wajib makan puding roti kat cafe hotel tu. Sedap sangat. Bila tengok puding roti kat situ, teringat kat resepi chef asma. Katanya resepi puding rotinya sama kat hotel quality tu sebab beliau pernah kerja kat situ. Katanya lagi, puding roti tu merupakan feberet 'Siti Nurhaliza'. Kira citarasa kami sama jugalah kan...hahahahaha



Resepi Puding Roti Kismis Wanita Hari Ini TV3 24 Julai 2012...
Bahan - bahan :-
8 keping roti
100 gm kismis @ kurma- ikut suka nak letak berapa banyak..- ganti coklat chip
100 gm gula kastor
500 ml susu segar
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm mentega
Secubit serbuk kulit kayu manis- ikut suka

Cara Membuatnya :-
1. Sapu roti dengan mentega, susun roti didalam acuan @ mangkuk kaca ukuran 8 inci x 8 inci sebanyak dua lapisan.( bahagian bawah hanya roti segiempat sahaja & bahagian atas dipotong segitiga - 4 keping roti setiap bahagian.)
2. Tabur kismis setiap lapisan , untuk membuat toppingnya:- satukan susu segar, telur , gula , esen vanilla dan serbuk kulit kayu manis.
3. Pukul hingga sebati dan tuangkan keatas roti, mentega yang selebihnya di letakkan diatas permukaan roti.
4. Perapkan selama 20 minit sehingga roti lembut dan bakar dengan kaedah " steambath" selama 35 minit api ketuhar atas dan bawah pada suhu 150C - 160C.
5. Apabila masak, enak dimakan bersama sos vanilla atau vanilla ice- cream.

Resepi Vanilla Sos.
 
Bahan- bahan :-
500 ml susu segar
1/4 sudu kecil esen vanilla
80 gm gula kastor
20 gm tepung kastard - dilarutkan dengan sedikit air

Cara membuatnya :-
1. Masukkan semua bahan - bahan kecuali tepung kastard.
2. Masak sehingga mendidih, apabila mendidih  masukkan kastard yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
3. Kacau hingga sebati dan tutup api.Jika sos pekat boleh ditambah sedikit susu segar.  





Photobucket

Dapur IdamanKu

Salam...

Sejak nak dapat kunci rumah ni, macam-macam dok fikir dalam kepala ni. Kalaulah budget kita orang ni banyak, tak payahlah nak pening2 nak buat itu, nak buat ini. Booking je yang mana berkenan di hati tapi manalah mampu nak buat semua tu. Kalau nak masuk rumah baru, satu je yang iera angan-angankan. Iera nak Dapur Idaman.......

Rasanya dah penat dok cari design yang berkenan di hati kat google ni, sampai kelabu mata dibuatnya. Semuanya nampak cantik. Berangan-angan nak tema warna apa, rekabentuk macamana, material apa dan macam2 lagi. Banyaknya angan-angan tapi budget cipuk je... Dah cakap kat HB, yang lain dikemudiankan pun tak pe, asalkan bahagian dapur mesti diutamakan.Betul tak?

Walaupun keluasan dapur tu tak delah luas mana, tapi hati teringin nak buat macam2. Nak extend ke belakang, banyaklah pulak kosnya. Jadi, terpaksalah guna ruang yang disediakan tu je...Sekarang ni, dok tengah mencari design2 kabinet dapur yang berkenan dihati. Sambil2 tu layan jelah gambar2 kat bawah ni yang iera copy kat google..... Hitam + Putih + Grey












Photobucket

04 December 2012

New Regent Hotel Alor Setar

Salam....

Lepas balik dari Langkawi, kita orang terus ke Alor Setar pulak. Kali ni, kami menginap hotel yang berhampiran dengan auditi. Walaupun hotel ni kecil je tapi biliknya agak selesa juga.....












order kat cafe hotel je....



Photobucket

De Baron Resort, Langkawi

Assalamualaikum.. Lepas kita orang habis kerja kat Perlis, Kita orang terus ke Langkawi untuk menghadiri persidangan Tahunan.Tahun ni persidangan diadakan De Baron Resort di Langkawi. Resort ni dekat je dengan Pekan Kuah, memang sesuai untuk kita orang cuci mata dan cuci poket kat sini....

Cantik dan Luas...





Cuci mata...sambil fikir2 dulu

cantik tp tengok jelah sebab hari tu baru je beli corelle...huhuhuhu

Yang ni cuci poket, lepas beli baru dok fikir macamana nak bawa balik naik feri ni..... tak cukup tangan nak pegang. Belum masuk beg pakaian lagi
Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™