Assalamualaikum
dan Selamat Pagi....
Kalau
hari minggu, mesti banyak perancangan nak buat. Hari sabtu, ada majlis konvo
kat Taski Adam, lepas tu pergi cari beg & kasut sekolah adam. Sampai rumah
dah petang so hari tu dapur memang tak berasap. Bila hari Ahad, banyak bendalah
nak buat. Rasanya dari pagi hingga ke malam kerja tak siap2.
![]() | |||
| Rupa yang tak berapa nak cantik tapi tetap gebu |
Ini adalah antara
aktiviti iera buat semalam. Saja nak buat stok banyak2 kat freezer. Maklumlah,
kita kan baru beli freezer baru. Nak jadikan cerita, biasanya bila ira buat
roti @ donut, ira main campak je dalam BM. Entah kenapa semalam, BM iera tak
berfungsi. Yang geramnya, iera dah siap campak semuanya dalam BM tu. Aduh,
macamana ni, satu kerja pula nak menguli. Nak tak nak, terpaksalah uli juga.
Takkan nak campak dalam tong sampah pula. Kesudahannya rupa doh tu tak secantik
yang diinginkan sebab tak larat nak uli lama2.
DONUT (kak Rima)
sumber: kak Rima
copy from: kak Azlita
CNP : Izah
*Resepi telah disunting ke separuh adunan * Iera buat dua adunan dr resepi asal
DONUT
250g tepung roti *ijah guna tepung gandum je
6g instant yeast
50g gula
2 biji kuning telur
100 ml air
50g magerine / butter
1 sudu kecil garam
cara:
Ayak
tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan
gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
*Untuk buat pau canaikan dan letakkan inti kegemaran.
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
* goreng gunakan api paling kecil.
* Utk pau, iera guna inti kacang merah segera
![]() |
| Satu kilo dok menguli, siapalah tak penat |





















