IKLAN

29 February 2012

Hobi Baru Lagi.....

Assalamualaikum...

Hari ini nak kongsi satu hobi baru IeRA sejak akhir-akhir ini. Kalau dulu, tiap kali ada orang bagi fridge atau keychain, mesti letak merata je. Kali ini IeRA ingat nak buat koleksi pulak. Itu pun sebab terpengaruh dengan kak ipar waktu pergi rumahnya. Boleh dikatakan beliau tu peminat fridge & keychain. Sejak hari tu, kita pun mulalah berjinak-jinak juga....


Antara koleksi fridge yang ada.....



Koleksi Keychain......

28 February 2012

Asam Pedas Ikan Pari

 Assalamualaikum....

Resepi Asal : Chef Hanieliza
Sumber : 1 Hari 1 Resepi

Bahan A
500 gm ikan pari (dibersihkan)
10 biji bendi (tak letak ganti terung bulat)
1 biji tomato
1/2 cawan air asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cawan air
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, garam, daun kesum dan bendi, kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
4. Masukkan tomato perlahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin
 

Kek Birthday 4 Dalam 1


Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama tertangguh nak beli kek birthday untuk anak-anak tahun lepas. Disebabkan hari jadi dia orang jatuh berderet tiap2 bulan, IeRA ambil keputusan nak buat sekali gus je. Tapi bila masuk bulan Disember, tertunai pulak janji dengan dia orang. Terlalu sibuk dengan kerja2 di pejabat. Sudahnya, dah masuk tahun baru pun masih belum buat lagi. Sempena birthday hubby jatuh bulan ni, IeRA beli je kek untuk dia orang semua, kira 4 dalam 1  lah ni....

26 February 2012

Jalan-Jalan Cari Makan- Hadramawt


Assalamualaikum...

Hari ini IeRA nak kongsi satu restoran nasi arab kat KL ni. Sekarang ni Restoran Hadramawt tengah buat promosi kat Groupon. Jadi sesiapa yang ingin mencubanya cepat-cepatlah beli kuponnya. Harga promosi itu cuma RM35.00 untuk dua orang. Ini kali ke dua ira beli kupon ni. Kalau tak percaya jom klik SINI.Tinggal beberapa jam lagi promosi ini akan tamat.



© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™