IKLAN

16 December 2012

Donut & Pau Kacang Merah Frozen

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.... 

Kalau hari minggu, mesti banyak perancangan nak buat. Hari sabtu, ada majlis konvo kat Taski Adam, lepas tu pergi cari beg & kasut sekolah adam. Sampai rumah dah petang so hari tu dapur memang tak berasap. Bila hari Ahad, banyak bendalah nak buat. Rasanya dari pagi hingga ke malam kerja tak siap2. 


Rupa yang tak berapa nak cantik tapi tetap gebu


Ini adalah antara aktiviti iera buat semalam. Saja nak buat stok banyak2 kat freezer. Maklumlah, kita kan baru beli freezer baru. Nak jadikan cerita, biasanya bila ira buat roti @ donut, ira main campak je dalam BM. Entah kenapa semalam, BM iera tak berfungsi. Yang geramnya, iera dah siap campak semuanya dalam BM tu. Aduh, macamana ni, satu kerja pula nak menguli. Nak tak nak, terpaksalah uli juga. Takkan nak campak dalam tong sampah pula. Kesudahannya rupa doh tu tak secantik yang diinginkan sebab tak larat nak uli lama2.


 DONUT (kak Rima)
sumber: kak Rima
copy from: kak Azlita 
CNP : Izah

*Resepi telah disunting ke separuh adunan * Iera buat dua adunan dr resepi asal

DONUT
250g tepung roti *ijah guna tepung gandum je
6g instant yeast
50g gula
2 biji kuning telur 
100 ml air

50g magerine / butter 
1 sudu kecil garam

cara:


Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
*Untuk buat pau canaikan dan letakkan inti kegemaran.
 Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.

* goreng gunakan api paling kecil.
* Utk pau, iera guna inti kacang merah segera


Satu kilo dok menguli, siapalah tak penat
Photobucket

11 December 2012

Restoran Adam Lai Sri Gombak

 Salam Kembali...

Hari minggu yang lalu, lepas shopping baju sekolah anak-anak kat Sri Gombak, singgah Restoran Adam Lai kat situ. Entah macamana kita orang boleh singgah sini tanpa terfikir murah ke, mahal ke, mungkin waktu tu lapar sangat kot. Bila pelayan hantar menu, agak terkejut juga tengok harga kat menu tu.(dlm hati cakap, takkan nak keluar balik). Nak tak nak, kita orang makan jelah kat situ. Sebenarnya , iera takdelah berkira sangat pasal harga makan kat situ, cuma baru je berhabis sakan shopping baju2 sekolah. Di antara menu yang kita orang order....

Salted Egg Crab....tp kat restoran cheng ho lagi sedap

Adam Lai Chicken

Telur Dadar Kosong .. untuk affaf

  shark fin sup... bila masa le hb order ni

Boleh tahan jugalah rasanya kat sini ......
Photobucket

10 December 2012

Gadget Baru - Freezer ELBA


Assalamualaikum..

Sebenarnya iera macam tak percaya je bila HB bersetuju beli freezer ni walaupun pada mulanya iera hanya bergurau je. Disebalik cerita sebenarnya , mulai tahun depan HB nak iera masak untuk anak2 untuk tgh hari sebab tahun depan dia orang takkan pergi rumah transit lagi. So, ira kenalah masak untuk dia orang balik sekolah pagi sebelum gi sekolah agama.(dlm hati sempatkah aku masak ni? pukul berapa nak bangun ni?) Iera cakap, kalau nak masak kenalah beli stok lauk banyak2, peti sekarang mana muat nak simpan so kenalah beli freezer nak simpan stok. Tak sangka pulak HB setuju je.NAmpaknya tahun depan iera kena mulakan AZAM BARU.......huhuhuhuhu

 Lepas ni nak cadangkan kat HB kena beli tupperware utk freezer banyak-banyak  pulak. Kalau tak , nak letak stok lauk dalam apa? satu alasan yang bagus bukan!
Photobucket

06 December 2012

Jalan-Jalan Di Pekan Rabu

Salam Kembali...

Semasa kat Alor Setar, kita orang sempatlah juga singgah jalan-jalan di Pekan Rabu tapi takdelah pusing satu Pekan Rabu tu, cuma tengok2 je. Orang cakap tak sah kalau datang Alor Setar mesti singgah Pekan Rabu, betul ke? Kalau kat Kota Bharu mesti singgah kat Pasar Siti Khadijah, ira sendiri pun dah lama tak gi sana tiap kali balik kampung....








Ira punya.......Tengok pun dah tahu mesti sedap!!!!!



Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™