IKLAN

01 May 2013

It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO



Salam...

Rasanya dah lama tak join mana-mana GA. Kali ni memang teringin nak join GA dari Creative By Two. Lebih-lebih lagi Iera suka sangat singgah Blog brideinmaking. Banyak idea yang dikongsikan oleh beliau.So, apa lagi, jomlah join...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow Blog Creative By Two
  2. Make a post titled It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO. This entry should be the sticky posts on your blog until 1 May 2013.
  3. Place Kufi Art Promotion Poster in your entry.
  4. Tag two(2) of your blogger friends to join our GA.
  5. Leave a link of your blog entry in the comments section of this entry
Hadiahnya : 

 InsyaAllh, jika ada rezeki......





Photobucket

13 March 2013

Kek Mentaga Pandan Versi Cupcake


Assalamualaikum...

Dah lama teringin untuk mencuba resepi kek ini dari Dapur Masam Manis.  Bila tengok bahan-bahannya, tak delah susahkan sangat untuk disediakan. Lagipun, bila pandang je gambar kek tu kat blog kak ita, sesiapa pun boleh tergoda. Iera seperti biasalah, lebih suka membakar dalam versi cupcake. Maklumlah kurang mahir sikit kalau bakar sebiji. Ada je bahagian yang tak jadi......

 

Terima kasih kerana sudi kongsi resepi yang sedap ini. Minta izin iera CNP kat sini ye kak...


KEK MENTEGA PANDAN
 
By : Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Resepi Jamuan Kek

Sumber : Masam Manis

270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur
60 gm santan
1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau epal
240 gm tepung naik sendiri
30 gm kelapa parut kering
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla

Sediakan loyang 9 inc
Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan oven pada suhu 170C

Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan berkrim
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul
Kemudian masukkan  esen vanilla, kelapa parut , pes pandan dan pewarna hijau
Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan santan
Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 inc dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek dimasak sempurna









Photobucket

12 March 2013

Keputusan Muktamad : Grill Pilihan

Salam Buat Semua....

Akhirnya keputusannya kembali kepada perancangan asal iaitu pilihan grill melintang bewarna putih. Walaupun hati berkenan betul warna grey tu tapi takkan nak juga jika tak berapa sesuai dengan rumah kita orang. Cuma grill warna putih tu satu tone jelah tapi tetap powder coated so harganya murah sikit je tapi harganya takdelah jauh beza sangat.


mungkin macam ni kot

Iera pun tak tahu harga yang Cik Ivy tawarkan tu agak murah atau tak sebab macam dah malas nak survey lagi. Lagi pun kita orang buat awning kat belakang rumah  tu pun dengan dia orang juga, so dia bagi special price (katanya le.....) dan kita orang minta free je tombol utk pintu grill depan & belakang. Bolehlah jimat RM140++ hehehehe...

Mungkin macam ni atau

atau macam ni

Booking Grill :
Company : Three Kim Metal Works
Contact Person : Ivy Chung Lei Yoon - 0122149382
Lokasi : Kajang
FB : Three Kim Metal Works

 

Kuih Keria

Assalamualaikum....
 
Selamat pagi buat semua & kembali ceria di alam maya ni...
Rasanya dah lama tak berkongsi resepi kat sini. Walaupun iera ni bukanlah pakar dalam masakan tapi iera paling suka mencuba resepi2 dari kawan-kawan di alam maya ini. Mudah betul zaman sekarang ni, teringin je nak masak apa, google je kat internet. Taip je resepi apa yang kita nak.....

Pertama kali iera try buat kuih keria ni. walaupun nampak mudah tapi iera tak berapa yakin bahagian sira gula tu. Oleh kerana terbeli ubi keledek yang agak banyak, teringinlah pulak untuk mencubanya. Sebelum tu iera dah siap2 buat dan simpan dalam freezer cuma belum salut dengan gula je.



  

Rupanya tak delah susah sangat ye, senyum lebar kita bila lihat kuih keria ni cantik je bersalut dengan gula. Kalau tahu dari dulu lagi iera try. Rasanya minggu ni nak beli lagilah ubi keledek sebab pagi tadi sempat makan 2 ketul je. Lajulah pulak dia orang makan, tengok2 tinggal seketul je, itupun untuk HB merasa.....


Terima kasih kepada Kak Ita dari Masam Manis kerana sudi kongsi resepi yang teramat mudah ini. Terima kasih juga kepada Kak Wan selaku puan punya resepi. Minta CNP kat sini ye kak...


 
KUIH KERIA

By: Kak Wan
Rujukan : Citarasawan
Sumber : Masam Manis

250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk
Untuk menyalut keria

Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera



dalam kuali..


  Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™