IKLAN

13 April 2014

Apom Lenggang

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...


Pernah dengar Apom Lenggang atau pernah makan?

Iera pertama kali tengok dan dengar nama Apom Lenggang masa jalan-jalan kat blog Iza Akma. Masa tu tertanya-tanya kuih apakah ini dan ada keinginan mencuba.Apabila jelajah kat google pasal kuih ni, rupanya popular juga. Agaknya iera ni jer ketinggalan zaman. Sebenarnya terdapat berbagai-bagai resepi untuk kuih ni tetapi untuk kali ini, ira cuba dulu resepi dari Iza Akma dan Puan punya resepi asal zalieda zaliedana.Terima kasih kerana kongsi resepi yang sedap ni... 



Apom Lenggang 

Resepi asal : FB Zalieda Zaliedana 
Sumber : Singgahsana Kitchen 

Bahan-Bahan
2     Cwan Tepung Beras
1/2  Cawan Nasi Sejuk
3/4  Cawan Air 
1     Cawan Santan Sederhana pekat ( iera guna santan kotak) 
1/2  Cawan Gula 
3     biji Telur 
1     SK Yis 
1     SK Garam 

Cara-Cara 
Blend Nasi bersama air hingga halus,Masukkan Tepung Beras,Gula,Santan,yis,telur. Blend lagi hingga sebati,peram sekurang-kurangnya satu jam hingga nampak adunan naik. Bila adunan dah naik masukkan garam gaul sebati dan bolehlah di lenggang.. 

 *Kalo ori dari apom india tak letak yis & telur tak letak pun takpe..tapi saya suka letak telur lebih sedap dan bila letak yis adunan takyah nak peram lama sangat..




Photobucket

3 comments:

hazila said...

Salam Ziarah kembali. Saya suka makan apom lenggang ni tapi belum pernah cuba yang color hijau.

Ilyani said...

aduh, sedap nye...dh tgh puasa ni...hehe

TeacherAzimah said...

err..mcm apam balik? same thing with different name kah? terima kasih iera jenguk blog sy :-) doakan urusan bersalin sy kelak dimudahkan ya?

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™