IKLAN

14 April 2014

Peanut Butter Choc Chips Cookies

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pagi ni dok tayang cookies lah pulak. Tak semestinya tunggu raya baru boleh buat cookies kan.  Zaman sekarang ni, tak yah tunggu nak raya, sepanjang masa ada dan di mana saja. Buat cookies ni semata-mata nak habiskan peanut butter yang dah dekat nak luput tarikhnya. Puas fikir nak buat apa dengan peanut butter ni, nak makan dengan roti,  budak-budak ni kurang sikit. Tapi kalau coklat laju jer jalan, tak payah makan dengan roti, makan gitu jer boleh licin..


Macam biasa, menjelajah cik google mencari resepi yang agak mudah kerana bahan-bahan yang ada kat rumah agak terhad. Sekarang ni agak jarang nak gi kedai bakeri sebab kalau dah pergi memang gatal tangan jer nak ambil itu dan ini. Kesudahannya melebihi peruntukkan yang dihadkan. Kali ini iera mencuba resepi Peanut Butter Choc Chips Cookies dari Blog Hana sebab tengok bahan-bahannya simple dan yang penting dah tersedia kat dapur tu. Minta izin CNP ye Hana.....TQ


Peanut Butter Choc Chips Cookies
Sumber       : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 125g pure butter
  • 4-5 sudu makan(penuh) peanut butter
  • 60g gula caster
  • 1 1/2 cwn tepung gandum*
  • 1/2 cwn tepung jagung* ayak bersama
  • secubit garam*
  • 1 biji telur(L)
  • esen vanilla
  • chocolate chips-ikut suka byk mana

Cara-cara

  • panaskan oven 170c(bergantung pd oven masing2)
  • satukan butter,peanut butter dan gula dlm bowl.pukul sebati
  • masukkan telur dan vanilla.pukul rata.
  • masukkan tepung dan chocolate chips.pukul sebati.
  • simpan sekejap dlm peti sejuk.
  • bulat2kan susun atas baking tin.tekan dgn garfu.
  • bakar 20-25min(sehingga perang)
  • sejukkan atas redai kuih.simpan dlm bekas kedap udara.





Inilah rupa peanut butter yang iera guna tu. Yang selalu Linda Onn dok sebut2 dalam suria fm tu. Iera dapat percuma dua botol kecil  semasa beli SunBear Coklat botol besar kat ekpo PWTC hari tu. Balik rumah baru perasaan tarikhnya dah nak luput, patutlah dia orang bagi free. Selalunya tiap kali beli barang iera memang semak tarikh luputnya, mungkin kalut kot sebab banyak benda nak cuci mata lagi kat situ hari tu....hihihihi.

Photobucket

4 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Iera..skrg mmg tak yah tggu raya..biskut org buat merata2.Dah rupa nak raya lak..hihi

Falsya said...

Salam..;)))

Sedapnye cookies..boleh try jugak nie..heheh

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun suka buat sesuatu ikut apayg ada kat rumah je... malas nak beria2 sgt.. selagi rasa boleh gantikan dgn yg lain kita gantikan aje... mcm aritu yogurt dgn fresh cream takde.. akak ganti je dgn susu cair... hehe..

sedap cookies ni.. ada peanut butter.. teringat biskut peanut butter dulu2 ada acuan khasnya.. tercotet sebiji kismis kat tengah2 biskut tu... nostalgia sgt...

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam
Salam singgah
Betul tu bkn raya je nk mkn biskut ni hari x raya pun layan jg
Kudapan sambil tgk tv he hee
Sedapp nmpk biskut ni

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™