IKLAN

13 June 2013

Ayam Phat Phet

 Salam Kembali.....

Menu yang agak ringkas malam tadi. Itu pun untuk menghabiskan stok ayam dalam peti ais. Oleh kerana masak dalam lintang pukang, so rasanya pun jadi lintang pukang juga. Terima kasih kepada Tun Telani kerana sudi kongsi resepi yang simple ini.


Ayam Phat Phet
Resepi: widad@myr
Sumber: tun telani

Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi(me guna 3 je)
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup (me guna tsp kunyit serbuk)
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
Bahan B
  • 3 keping ayam
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 sudu sos tiram - tun tambah
  • sedikit Garam dan Gula
Cara-cara
  • Blend bahan A dan tumis hingga naik bau
  • Masukkan bahan B dan air (ikut byk mana kuah yg nak, tun letak around 1-2cup).
  • masak till mendidih, n kuah nmpak pekat.
  • done ^^
Photobucket

12 June 2013

Teratak Cassia : Houses Lightings di Puchong

Salam...

Seumur hidup iera, memang tak pernah masuk kedai lampu apatah lagi nak beli melainkan beli mentol lampu adalah. Itupun pun jenis lampu kalimatan je. Macam biasalah, sebelum tu iera mesti survey2 dulu kat internet kedai mana yang selalu orang pergi. Tapi rata-rata kedai Houses Lighting kat Puchong yang menjadi pilihan orang ramai. Kata mereka, harga kat sini memang murah dan cantik2. Bila orang cakap kedai ni memang murah, iera pun macam dah malas nak survey kedai lain lagi lagipun kita orang ni pun bukannya tahu sangat pasal lampu. 

Kali pertama kita orang pergi kedai ni cuma untuk survey je dan memang tak de niat nak beli pun. Waktu tu orang memang ramai, mungkin hari minggu kot. Nampaknya kita orang kena datang hari biasa kot. Bila masuk, memang pening nak pilih yang mana satu, kelabu mata dibuatnya. Anak2 iera pun asyik dok tekan je suisnya sampai sakit mata dibuatnya. Kita orang singgah kejap je, kalau nak beli memang kena datang hari biasa dan tak boleh bawa anak. Yang confirm kita orang akan beli kipas & lampu kat sini je


 


Kali kedua kita orang datang cuma dapat kipas siling je sebab tak muat kereta. Macam mana nak muat kalau 7 biji kipas dan kotak-kotanya besar pulak tu. Lagipun masa dah tak cukup untuk kita orang memilih untuk lampu kerana hari dah agak lewat. Kali ketiga kita orang datang baru settle pasal lampu. Waktu tu kita orang sampai, kedai pun belum buka lagi. Semangat betulkan....









Tiga jam juga kita orang dok bertapak kat kedai tu, penat dok memilih yang mana berkenan dihati. Mana taknya, yang iera berkenan HB pulak tak berapa berkenan, yang dia berkenan aku pulak tak berapa suka. Last2 dia setuju je yang aku pilih tapi ada juga yang dia pilih. Kejamlah pulak kalau tak setuju dengan pilihannya. maklumlah, dia yang tukang bayar. Mujurlah apa yang kita orang beli hari tu muat je dengan kereta kita orang. Risau juga kalau tak muat malas nak datang lagi...

  
Kita orang bawa balik rumah dulu sebab tak dapat letak kat rumah sana. Orang wiring kata, tak selamat letak kat sana. Nanti dia orang nak pasang baru dia orang minta kita orang hantar. Aduh, malasnya nak bawa balik dan pergi hantar lagi. Jauh rasanya nak berulang alik ke sana. (padan muka aku beli rumah jauh nun di sana, nak buat mcm ner...mana mampu nak beli kat bandaraya KL ni).

Photobucket

11 June 2013

TeratakCassia : Dah siap pasang

Salam Kembali...

Asyik on off je kita ni, tak sempat langsung nak updated TeratakIera. Tambah pulak mood malas sering melanda dalam diri sendiri. Walau pun iera ni malas nak updated blog sendiri tapi suka pula singgah blog kawan-kawan. Bila tiba je mood nak masak datang, pasti cari resepi2 blog masakan.

Hari itu iera ada cerita pasal Grill Pilihan untuk teratak cassia kita orang. Rasanya lebih kurang sama je dengan contoh yang iera tunjuk hari tu cuma yang beza ketebalan besi tu je. Kami memang puas hati dengan hasil kerja dia orang dan memang tak de complaint langsung dari kita orang.



Walaupun hati teringin nak extand sampai ke pagar belakang tapi disebabkan kos ni tak dimasukkan dalam budget oleh HB terpaksalah pendamkan dulu keinginan tu. Kalau dapat extand, bolehlah kita buat tempat laundry. Tak delah letak mesin basuh kat dapur.... Nak tak nak, terpaksalah cadangkan HB buat awning dulu dan masukkan  dalam kos budget kita orang.

ukurannya = 20' X 6'

Dapat 2 free tombol grill ni...
Photobucket

01 May 2013

It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO



Salam...

Rasanya dah lama tak join mana-mana GA. Kali ni memang teringin nak join GA dari Creative By Two. Lebih-lebih lagi Iera suka sangat singgah Blog brideinmaking. Banyak idea yang dikongsikan oleh beliau.So, apa lagi, jomlah join...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow Blog Creative By Two
  2. Make a post titled It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO. This entry should be the sticky posts on your blog until 1 May 2013.
  3. Place Kufi Art Promotion Poster in your entry.
  4. Tag two(2) of your blogger friends to join our GA.
  5. Leave a link of your blog entry in the comments section of this entry
Hadiahnya : 

 InsyaAllh, jika ada rezeki......





Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™