IKLAN

12 June 2014

Kek Minyak Versi Bakar

Assalamualaikum

Kek yang tak pernah jemu-jemu  makan dan boleh dikatakan amat kerap iera buat. Lagipun kek ni memang sedap dan senang dibuat. Rugi rasanya kalau sesiapa tak mencubanya. Rasanya resepi asal kek ni adalah versi kukus tapi iera ni bab kukus mengukus ni malas sikit. Malas nak keluarkan pengukus yang dah tersedia tersimpan. Pada hal dulu bukan main lagi beli mengukus besar. Jadi iera lebih suka buat dalam versi bakar.



RESEPI KEK MINYAK 
Original MyResipi 
Sumber : LiNa PgIzah

CNP       : Kak Yatie

Bahan-bahan ( 8x8inci)

·                     5 biji telur gred A
·                     1/2 cawan gula halus / gula kastor
·                     2 cawan tepung gandum*
·                     1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
·                     1 cawan susu pekat
·                     1 sudu besar ovallate
·                     1 cawan minyak masak
·                     perasa dan pewarna kegemaran(saya letak perisa kopi dan oren)
·                     1 sudu teh esen vanila

Cara-cara 

1.            Panaskan oven suhu 170'C
2.            Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
3.            Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
4.            Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
5.            Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
6.            Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
7.            Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
8.            Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
9.            Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)
10.         Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan


Photobucket

5 comments:

Yana Shaiful said...

~sedapkan kek minyak nii..kita pun suka..dh byk kali bt tp yg versi kukus lum bt lg..males jugak nak mengukus hehee ^__^

TeacherAzimah said...

wahhhhh blog ni blh jd rujukan masa bulan ramadhan ni. best best! hehe..

LYAfrina said...

menarik ni

LiNa_Pg said...

Terima kasih sudi bagi credit link ke blog TMK..sedap kan kek minyak ni..

LiNa_Pg said...

Cantik keknya...terima kasih bg link ke blog saya

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™