IKLAN

28 November 2012

Hotel Seri Malaysia Kangar

Assalamualaikum... Pada 18 November hari tu, iera dan kawan2 ofis telah diarahkan ke Kangar, Perlis. Bunyi macam terpaksa je pergi ke sana padahal gembira juga sebab kita orang dah lama buat kerja luar. Asyik terperuk je kat ofis ni. Tak banyak pilihan hotel kat sana untuk kami menginap cuma ini je yang dapat iera google kat internet.

Hotel Putra Palace Kangar

Hotel Seri Malaysia Kangar

Putra Brasmana Hotel - Kuala Perlis
Kita orang bercadang nak menginap hotel putra palace je, maklumlah itu je hotel yang paling besar kat sana, tapi disebabkan waktu tu dah penuh booking, terpaksalah booking hotel seri malaysia. Walaupun hotel ni tersorok sikit dari bandar, suasana hotel ni sungguh tenang sekali. Maklumlah dikelilingi oleh sawah padi dan gunung. Memang sesuai untuk berkursus @ datang bercuti dgn keluarga kerana kolam mandinya agak besar juga tetapi tak sesuai untuk kita orang sebab kena keluar agak jauh untuk cari makan. Kalau ada kenderaan sendiri, mungkin senang. Kesudahannya kita orang order je makan kat bilik. Harganya tak delah mahal sangat, yang penting sedap. Memang tak menyesal.....

Bilik Family... cantik & selesa,




Photobucket

05 November 2012

Tutti Fruiti Frozen Yogurt

Assalamualaikum.....

N3 tertunggak lagi Rasanya dah berapa kali datang sini, iera pun dah lupa. Tapi tak delah selalu sangat.Kalau nak tunggu iera ajak anak-anak datang sini tak delah melainkan Hubby jika janji dengan anak-anak datang sini. Datang sini pun sempena birthday Adam baru-baru ni. Iera pejam mata je bila dia orang dok tekan paip tu...huhuhuhu


Affaf punya

Syahmi punya

Afif Punya

Yang ni Adam punya..

Oh, tidak! tu dia..... mujur keluar dari poker hubby. Yang sedihnya ummi & abah jadi tukang tengok je sebab tak sanggup rasanya nak menambahkan lagi amaun kat atas tu...huhuhuhu

Photobucket

04 November 2012

HALFEST 2012 - Pearl Haya



Assalamualaikum... 

 N3 tertunggak..Ada sesiapa pergi Expo Halfest 2012 baru-baru taK? Iera ni tak delah teruja sangat nak gi expo ni. Kalau nak tahu,kat KL ini macam-macam expo ada, tak larat rasanya kalau nak ikut semua. Kalau dulu sekali setahun itupun hanya kat KL je tapi sekarang ni kat mana-mana ada expo termasuk negeri gak.  Kali ini iera terjah satu expo yang benar2 menarik minat iera itupun hanya satu tujuan aje tau. Yang lain-lain tu kalau terjah memang menarik tapi kering poket nanti dibuatnya.

Haaa...inilah tempatnya iera tuju. Sanggup datang sini seorang diri semata-mata nak cuci mata kat sini. Rasanya ini kali kedua iera datang sini selepas expo barangan malaysia sekitar jun hari tu.

Cuci mata!!!!!!!!

Banyak pilihan tapi saiz yang diingini tak de pilihan...huhuhuhu

Ingatkan betul-betul special offer, rupanya item reject. Kat FB pun lebih kurang harga macam ni gak. Tipah tertipu!!!!!

Tertipu pun beli gak tapi bukan iera semua tau cuma sebahagian je...hihihi
Lepas habis cuci poket iera terus balik, tak sanggup rasanya dok sini lama-lama. Penat dok try sample2 produk, nanti terbeli lagi...
Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™