IKLAN

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

21 December 2014

Mood Meroti Di Hari Minggu...


  Assalamualaikum..

Biar gambar jer berbicara......













Photobucket

02 December 2014

Roti Sosej Mudah... Anak-anak pasti suka!!!

 Assalamualaikum buat semua...

Cuti-cuti sekolah ni, kami sekeluarga masih belum ada apa-apa perancangan lagi. Kalau tidak kerana si comel Affaf nak graduasi taski minggu depan. Kita orang dah lama dah balik kampung. Tadika lain tak lama buat tapi taski anak iera memang lambat. Selalunya hujung tahun baru buat. 



Projek hari minggu bersama anak-anak. Buat banyak sekali gus dan simpan untuk frozen untuk buat stok. Boleh di goreng bila-bila masa nak makan.


Kalau ada sesiapa nak tengok tutorial roti sosej ni, boleh singgah SINI. Iera pun rujuk kat Blog zalinzalina juga. Cubalah... iera pun dah banyak kali buat.



Gulung siap-siap dulu sebelum golek-golek ye..


Iera jadi tukang pemerhati jer. Maklumlah ada pembantu.. 



Dah siap packing untuk simpan kat freezer...

Photobucket

30 November 2014

Roti Sarang Lebah Lembut


Assalamualaikum..

Fenomena roti yang masih belum reda. Sentiasa mendapat sambutan di kalangan peniaga di alam maya. Tiap kali tengok memang tergoda. Terdapat banyak resepi untuk roti ini tetapi kali ini iera copy dari  blog jintanmanis. Untuk tepung iera menggunakan tepung superfine kerana ketiadaan stok. Tetap lembut & gebu walaupun tidak menggunakan tepung roti.



Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns 
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya ( untuk doh roti)


300gram tepung roti @ tepung high protein@ tepung superfine
200gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk  ( ros letak serbuk soya mealshake shaklee 2 sudu besar) 
2 sudu besar madu ( ni klu tak letak pun takpe) 
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
250ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
1sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain@natural yogurt

sedikit maple syrup atau pun madu sebagai sos untuk dijalurkan pada bee hives buns ini nanti.

Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu

(sedikit kuaci hijau, bijan hitam dan badam hiris untuk ditoppingkan pada bun bee hives tu nnt) 

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh  dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 12 ke 16 ketul, bulat-bulatkan, susun doh di dalam acuan petak, perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, tabur bijan hitam, kuaci hijau dan badam hiris, sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,  akhir sekali  bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat. 

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di dalam bekas bertutup. Apabila ingin menikmati buns ini jalurkan atasnye dengan maple syrup, nak makan dgn sos butterscotch pun boleh, Selamat Meroti buat semua.



Jika doh ni nak dibahagikan dua pun boleh, mcm ros buat hari tu, separuh ros buat bee hives buns separuh lagi ros campurkan serbuk koko dan biskut oreo hancur, khas utk anak2, letak salam papercup dan bakar seperti biasa.





Sos Butterscotch yang teramat sedap..


Sos Butterscotch

Bahan-Bahan 

250 g gula perang
250 ml Whipping Cream
1 sk garam
50 butter

Cara-Cara:
Mula-mula panaskan brown sugar dulu...
kacau guna senduk kayu...api sederhana...
kacau hingga jangan sampai terlalu hangus..
Kecikkan api...masukkan whipping cream UHT tu tadi...  kalau jenama Emborg ni krim nya cair sikit.. kalau whipping cream UHT jenama Anchor krim nya lebih pekat...
kacau lagi sampai takde yang berketul...
Bila dah sebati, matikan api, masukkan butter dan kacau... sedap kalau anchor butter
Tabur sedikit garam... nak sedap ada jual garam mineral kat kedai tapi saya guna garam halus aje... 
Bila dah sejuk, baru la kita simpan dalam bekas jar ni... pastu simpan dalam petiaias... makin lama simpan dalam peti ais, sosnya akan jadi lebih pekat...



Photobucket

23 November 2014

Roti Cheese Bergula Yang Sedap & Lembut

Assalamualaikum & Selamat Pagi..

Dah lama benar iera tak meroti sejak breadmaker rosak. Ada juga try uli dengan tangan tapi rotinya tak berapa lembut & ada sekali tu dohnya langsung tak naik. Last2 buang jer doh tu.Sejak hari tu hati ni berkobar-kobar nak beli mixer besar agar senang nak meroti. 


Kali ini iera mencuba resepi roti dari Blog Zalinzalina. Iera memng suka singgah kat blog ni kerana suka tengok roti-roti yang beliau share. Memang tergoda dibuatnya. Jom kita tengok resepinya..

Tepung high protein   500 gram
Margerin   100gram
Telur B   2 biji
Garam halus   1 sudu kecik
Susu Pekat atau Susu Tepung    2 sudu kecik
Bread Improver    1 sudu kecik
Air suam   210 ml
Gula kastor atau gula pasir   100 gram
Yis kering   1 peket atau 11 gram

Masukkan semua bahan kecuali air suam, gula dan yis kering...

* Air suam dikacau dengan gula dan kemudian dicampurkan dengan yis kering...biarkan sekejap sampai berbuih.

***kalau guna mixer heavy duty kena uli selama 15 minit dan guna air sejuk... kalau terlalu lama diuli dengan air suam nanti doh cepat panas dan tekstur roti jadi tak cantik.....




Photobucket

24 April 2014

Resepi Popular Masa Kini

Assalamualaikum...

Hari ini iera nak kongsi hasil yang dibuat minggu lalu. Antara dua resepi yang boleh dikatakan popular di alam maya terutama kat fb group resepi masakan. Iera suka juga join group ni, meriah sangat. Macam-macam resepi yang dia orang kongsi. Maklumbalas yang dapat pun cepat sangat.  Kawan-kawan kat blog pun dah ramai mencubanya. Jadi iera pun tak mahu ketinggalan juga...




ROTI SARANG LEBAH
resepi: FB Lydia Honey


DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .



 

Tauhu Kukus Goreng
Sumber : FB Resepi Masakan


Bahan A
4 bijil tauhu
2 tiub tauhu jepun)

Udang atau Isi Ayam

2 biji telur


Bahan B

Cili merah

Daun bawang  atau Daun Sup

Serbok secukup rasa
Serbok lada putih

Garam


Bahan C
2 biji telur – dikocok sedikit
Minyak untuk menggoreng



Cara-caranya:

1. Blend bahan A hingga halus

2. Masukkan dalam bekas dan tambah Bahan B dan kacau sehingga rata
3. Sesuaikan rata agar tak masin dan tawar
4. Tuang ke dalam Loyang yang di sapu sedikit butter
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak
6. Biarkan sejuk dahulu baru potong ikut kesukaan masing-masing
7. Celup dengan telur & goring sehingga masak
8. Siap & cicah dengan cili sos atau apa2 pencicah yang disukai


Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™