IKLAN

28 April 2014

Nasi Goreng Planta

Assalamualaikum..

Pagi ni iera masak simple jer atas permintaan Adam nak bawa bekal kat sekolah. Agaknya dah jemu kot makanan kat kantin. Walaupun setiap pagi iera masak untuk lunch, dia orang jarang nak bawa bekal. Semalam tanyalah Adam nak ummi masakkan apa untuk bekal pagi esok. Dia cakap nak nasi goreng planta sebab dah selalu sangat suruh umminya buatkan. Ini mesti gara-gara tengok iklan kat tv ni. Pertama kali buat nasi goreng planta, selalunya buat nasi goreng biasa jer. 


Tak de resepi khas untuk nasi goreng ni. Main campak-campak jer tapi yang penting kenalah letak planta. Pagi ni semua anak-anak bawa bekal termasuk en.suami sekali. Jemput makan ye.......

Photobucket

24 April 2014

Resepi Popular Masa Kini

Assalamualaikum...

Hari ini iera nak kongsi hasil yang dibuat minggu lalu. Antara dua resepi yang boleh dikatakan popular di alam maya terutama kat fb group resepi masakan. Iera suka juga join group ni, meriah sangat. Macam-macam resepi yang dia orang kongsi. Maklumbalas yang dapat pun cepat sangat.  Kawan-kawan kat blog pun dah ramai mencubanya. Jadi iera pun tak mahu ketinggalan juga...




ROTI SARANG LEBAH
resepi: FB Lydia Honey


DOH✏️
2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de izah ganti buttermilk
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.��
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..��
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya
Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. ��
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.


NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .



 

Tauhu Kukus Goreng
Sumber : FB Resepi Masakan


Bahan A
4 bijil tauhu
2 tiub tauhu jepun)

Udang atau Isi Ayam

2 biji telur


Bahan B

Cili merah

Daun bawang  atau Daun Sup

Serbok secukup rasa
Serbok lada putih

Garam


Bahan C
2 biji telur – dikocok sedikit
Minyak untuk menggoreng



Cara-caranya:

1. Blend bahan A hingga halus

2. Masukkan dalam bekas dan tambah Bahan B dan kacau sehingga rata
3. Sesuaikan rata agar tak masin dan tawar
4. Tuang ke dalam Loyang yang di sapu sedikit butter
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak
6. Biarkan sejuk dahulu baru potong ikut kesukaan masing-masing
7. Celup dengan telur & goring sehingga masak
8. Siap & cicah dengan cili sos atau apa2 pencicah yang disukai


Photobucket

23 April 2014

Mashaf Wrap - Pembalut Al - Quran Yang Berkualiti & Tebal



 Alhamdulillah... Affaf dah pun dah habis membaca Qiraati kat tadikanya. Jadi cikgunya cakap kena bawa Al-Quran kat tadika. Ummi cakap bawa jer Al-Quran yang sedia ada kat rumah bawa gi taski dan nanti ummi beli Al-Quran baru baca kat rumah. Tapi dia tak nak sebab nak bawa Al-Quran baru gak  gi taski.


Ini bukan pembalut buku sekolah tau. Pembalut  ini khas untuk membalut Al Quran sahaja. Semua Al Quran kat rumah hubby balut guna wrap ni. Setiap awal tahun kita wajib membeli pembalut buku tek & latihan untuk anak-anak sekolah.Jadi tak salah rasanya jika kita mendapat pembalut ini untukmembalut Al Quran kat rumah. Di sini ira share cara-cara , senang sangat.....



Siap!!!



Sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan pembalut Al-Quran & Iqra dari Mashaf Wrap.

Photobucket

20 April 2014

Aneka Resepi Cornflakes

 Assalamualaikum dan selamat tengahari buat semua..

Mungkin sekarang ni masing-masing sibuk menyediakan menu tengahari ataupun sudah siap sedia untuk keluar makan tengahari. Hari ini nak share resepi cornflakes yang iera buat tempoh hari. Ini semua gara-gara mak affaf bawa datang tiga bungkus cornflakes dan minta tolong buat cornflakes madu. Tiga bungkus banyak weh.... tapi iera ni lemah sikit bab orang minta tolong. Lebih-lebih lagi kalau mak affaf minta tolong sebab apa iera pun selalu minta tolong darinya. Apa pun iera takkan menghampakannya cuma tak janji bila boleh siap. Ini adalah antara resepi yang sentiasa iera buat setiap kali tiba musim perayaan. Rasanya tahun ni tak mahu buat resepi cornflakes lagi dah sebab anal-anak cakap asyik buat cornflakes jer. Pada hal dia orang tak tahu umminya hanya nak buat benda senang jer..huhuhu



CORNFLAKES MADU COKLAT CHIPS
Sumber : Hanieliza's Cooking

Bahan A
150 gm butter
120 gm gula kastor
8 s/b madu

Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm coklat chips - tak letak
100 gm badam cincang panggang
Hiasan paper cup kecil
coloring rice atau coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



RESIPI CORNFLAKES MERINGUE COOKIES
(resipi asal dr LG..thnx ye)
sumber: inahar's cooking time

Bahan2:
·                     220gm Cornflakes
·                     125gm Choc Chips
·                     150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
·                     3 Biji Putih Telur
·                     1-2 Sth Vanilla Esen
·                     60gm Almond Sliced
·                      
Cara-cara:
1.            Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
2.            Masukkan gula sikit2 hingga habis
3.            Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
4.            Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.
5.            Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuning2an)


Cornflake Madu Pedas Rangup
 Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

 bahan-bahan :
 1 bungkus cornflake
 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
     - iera ganti dengan badam panggang
 6 biji bawang merah (ditumbuk)
 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit cili giling/cili kisar
 madu secukupnya
 sedikit garam 100 g mentega +/-

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.

Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.

Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.

 Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!


Photobucket

17 April 2014

Cekodok Pisang Coklat Chip

 Assalamualaikum...

Menu yang agak simple pagi ni. Bolehlah untuk anak-anak breakfast sebelum pergi sekolah. Masih menggunakan resepi kat SINI. Cuma kali ni iera tambah coklat chip jer.



 BAHAN-BAHANNYA :-) 
8 biji pisang emas 
3/4 camca teh soda bicarbonat
 1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus
 1 cawan tepung gandum 
 1/4 camca teh garam halus 
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-) 

Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

Photobucket

16 April 2014

Jalan-Jalan Cari Makan- Restoran Sunan Drajat

 Salam Petang buat semua...

Sejak akhir-akhir ni kita orang dah jarang jalan-jalan cari makan, tidak seperti dulu lagi. Sekarang ni masa cukup terhad sebab anak-anak asyik ada aktiviti jer hari minggu kat sekolah. Nak pergi mana-mana pun dah susah sekarang ni. Siapa pernah dengar Nasi Bakar??? kalau sesiapa pernah menonton JJCM satu masa dulu, mesti tahukan. Iera pun dapat tahu masa menonton JJCM. Waktu tu nampak sedap jer pengacara tu makan. Memang tergoda iera dibuatnya. Dah beberapa kali ajak HB gi cuba tapi asyik tertangguh jer. Lagipun restorannya tak delah jauh sangat, kalau jauh memang tak berpeluang nak pergi.


Set Nasi Bakar Ayam Bakar

Akhirnya berpeluang juga merasainya apa benda nasi bakar tu. Waktu tu iera pergi berdua jer sebab anak-anak tak de kat rumah. Tamak betul waktu tu order dua set, kesudahannya tak habis sebab banyak sangat. Lain kali satu set pun dah cukup.Bagi iera, takdelah keistimewaan sangat nasi, macam biasa jer. 

Bila dah buka bungkusan, inilah rupa nasi tu...

Walaupun dah kekenyangan, iera tetap nak try desert ni yang dia orang cakap sedap iaitu Pisang Bakar. Memang sedap dan kejap jer licin. Nasib baik order lepas makan, kalau order sebelum makan memang tak cukup satu ni.

Jus Alpokat / Avocado - sedap sangat!


Kalau ada sesiapa nak cuba , ini alamatnya ye....

Photobucket

Donut Lembut Yang Sedap!

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Cuaca pagi ni sejuk jer, terasa malasnya nak gi kerja. Boleh dikatakan setiap petang kat sini hujan je sampai ke malam. Apa pun Alhamdulillah.... moga-moga catuan air di sekitar Lembah Klang akan berakhir. Kesian pulak kepada kawasan yang terlibat. Walaupun kawasan iera terlibat juga namun setakat ni, air masih belum terputus lagi. 

Pagi ni anak-anak breakfast dengan donut yang iera buat minggu lalu. Buat banyak-banyak dan boleh buat frozen. Resepi yang teramat mudah iera jumpa setakat ini kerana dohnya tak perlu perap. Sejak BM iera rosak, memang dah lama tak buat resepi2 yang memerlukan uli-uli ni. Nak uli dengan tangan memang tak de kudrat yang kuat, lebih-lebih lagi takut tak menjadi. Tunggulah bila budget dah mencukupi teringin nak beli mixer yang besar. Sekarang ni guna mixer kecil tu jer, lenguh tangan nak pegang lama-lama.



Gebu kan!!! Resepi ni iera skodeng dari dapur Kak Yatie. Iera memang suka singgah kat dapurnya sebab berbagai resepi yang dikongsinya. Resepi ni pun dah banyak kali Kak Yatie buat. Terima kasih kerana kongsi resepi yang sedap ni.... 

Donut Lembut

Resepi : Hasue
Sumber : Yatiememories

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) ) 
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin/butter
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran)
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)
Cara-cara
  1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap.
  6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^




 Rupa yang tak berapa nak comel!!!

Photobucket

15 April 2014

Kuih Belimbing

Assalamualaikum..

Kuih Belimbing ni dah lama iera buat. Rasanya lebih kurang sama dengan cream puff cuma ianya menggunakan kaedah goreng. Iera cuba satu adunan jer dulu, kalau ada sambutan boleh buat lagi. Memang sedap makan waktu panas-panas. Satu adunan kejap jer licin.  Terima kasih kepada penyumbang resepi....



KUIH BELIMBING

sumber : Hana Memories

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur ~ k.nor guna telur A
1 sudu makan marjerin/butter
1 sudu makan gula
esen vanilla

Cara:
Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tu, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
Goreng hingga kekuningan dan angkat.
Taburkan gula. Sedia utk dmakan!


*kaedah resipi asal yg K.Nor belajar, telur tak perlu dipukul terlebih dahulu, terus jer masukkan sebiji demi sebiji ke dalam adunan (kalau buat lebih dr 1 adunan). pastikan adunan dah cukup sebati baru dimasukkan telur yg seterusnya.
** boleh juga menggunakan mixer utk memudahkan kerja mengadun adunan tepung dgn telur tadi.
*** yg paling penting, adunan tepung PERLU DISEJUKKAN terlebih dahulu sebelum dimasukkan telur. ini utk memastikan telur td tak masak masa kita kacau ke dalam adunan tepung sbb adunan tepung amik masa yg lama sket utk sejuk.




Photobucket

14 April 2014

Peanut Butter Choc Chips Cookies

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pagi ni dok tayang cookies lah pulak. Tak semestinya tunggu raya baru boleh buat cookies kan.  Zaman sekarang ni, tak yah tunggu nak raya, sepanjang masa ada dan di mana saja. Buat cookies ni semata-mata nak habiskan peanut butter yang dah dekat nak luput tarikhnya. Puas fikir nak buat apa dengan peanut butter ni, nak makan dengan roti,  budak-budak ni kurang sikit. Tapi kalau coklat laju jer jalan, tak payah makan dengan roti, makan gitu jer boleh licin..


Macam biasa, menjelajah cik google mencari resepi yang agak mudah kerana bahan-bahan yang ada kat rumah agak terhad. Sekarang ni agak jarang nak gi kedai bakeri sebab kalau dah pergi memang gatal tangan jer nak ambil itu dan ini. Kesudahannya melebihi peruntukkan yang dihadkan. Kali ini iera mencuba resepi Peanut Butter Choc Chips Cookies dari Blog Hana sebab tengok bahan-bahannya simple dan yang penting dah tersedia kat dapur tu. Minta izin CNP ye Hana.....TQ


Peanut Butter Choc Chips Cookies
Sumber       : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 125g pure butter
  • 4-5 sudu makan(penuh) peanut butter
  • 60g gula caster
  • 1 1/2 cwn tepung gandum*
  • 1/2 cwn tepung jagung* ayak bersama
  • secubit garam*
  • 1 biji telur(L)
  • esen vanilla
  • chocolate chips-ikut suka byk mana

Cara-cara

  • panaskan oven 170c(bergantung pd oven masing2)
  • satukan butter,peanut butter dan gula dlm bowl.pukul sebati
  • masukkan telur dan vanilla.pukul rata.
  • masukkan tepung dan chocolate chips.pukul sebati.
  • simpan sekejap dlm peti sejuk.
  • bulat2kan susun atas baking tin.tekan dgn garfu.
  • bakar 20-25min(sehingga perang)
  • sejukkan atas redai kuih.simpan dlm bekas kedap udara.





Inilah rupa peanut butter yang iera guna tu. Yang selalu Linda Onn dok sebut2 dalam suria fm tu. Iera dapat percuma dua botol kecil  semasa beli SunBear Coklat botol besar kat ekpo PWTC hari tu. Balik rumah baru perasaan tarikhnya dah nak luput, patutlah dia orang bagi free. Selalunya tiap kali beli barang iera memang semak tarikh luputnya, mungkin kalut kot sebab banyak benda nak cuci mata lagi kat situ hari tu....hihihihi.

Photobucket

13 April 2014

Apom Lenggang

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...


Pernah dengar Apom Lenggang atau pernah makan?

Iera pertama kali tengok dan dengar nama Apom Lenggang masa jalan-jalan kat blog Iza Akma. Masa tu tertanya-tanya kuih apakah ini dan ada keinginan mencuba.Apabila jelajah kat google pasal kuih ni, rupanya popular juga. Agaknya iera ni jer ketinggalan zaman. Sebenarnya terdapat berbagai-bagai resepi untuk kuih ni tetapi untuk kali ini, ira cuba dulu resepi dari Iza Akma dan Puan punya resepi asal zalieda zaliedana.Terima kasih kerana kongsi resepi yang sedap ni... 



Apom Lenggang 

Resepi asal : FB Zalieda Zaliedana 
Sumber : Singgahsana Kitchen 

Bahan-Bahan
2     Cwan Tepung Beras
1/2  Cawan Nasi Sejuk
3/4  Cawan Air 
1     Cawan Santan Sederhana pekat ( iera guna santan kotak) 
1/2  Cawan Gula 
3     biji Telur 
1     SK Yis 
1     SK Garam 

Cara-Cara 
Blend Nasi bersama air hingga halus,Masukkan Tepung Beras,Gula,Santan,yis,telur. Blend lagi hingga sebati,peram sekurang-kurangnya satu jam hingga nampak adunan naik. Bila adunan dah naik masukkan garam gaul sebati dan bolehlah di lenggang.. 

 *Kalo ori dari apom india tak letak yis & telur tak letak pun takpe..tapi saya suka letak telur lebih sedap dan bila letak yis adunan takyah nak peram lama sangat..




Photobucket

11 April 2014

Tudung Oh Tudung.....

Salam...

Petang-petang macam ni tak delah nak kongsi resepi. Nanti bila dah siap upload gambar kat komputer bolehlah share dengan kawan-kawan kat sini. Kebanyakkan gambar masih tersimpan kat phone...

Betul ke orang cakap perempaun dengan tudung dah tak boleh dipisahkan. Tiap kali sembang dengan kawan-kawan mesti pasal tudung. Balik kampung jumpa ipar duai pun cakap pasal tudung, buka fb pun tengok tudung. Iera tak delah cakap pasal orang lain tapi pasal diri sendiri. Memang terkena pada batang hidung sendiri.....hihihihi.

Dulu iera pernah share kat SINI, iera memang suka sangat pakai tudung PH. Bukan riak tapi memang selesa sangat bila memakainya. Pantang dengar Sale memang tak ketinggalan tapi tak delah sampai gi PH Senawang. Jauh tu.... Selalu beli online jer. Sejak PH buka cawangan kat KL, selalu gi situ jer. Habis kawan2 satu ofis iera pengaruh...


Sekarang ni iera tengok kat FB ramai sangai orang preloved PH mahupun Fareeda. Walaupun preloved tetap ada orang membelinya. Iera tak delah membelinya tapi ambil kesempatan menjual koleksi yang ada tapi tak delah banyak sangat. Syukurlah, apa yang iera preloved kebanyakkan semuanya laku.Sekarang diri sendiri dah terkapai-kapai nak pakai tudung apa sebab habis semuanya dah jual, yang ada pun dah jemu nak pakai.. .padan muka!!!

    Photobucket

10 April 2014

Salam Kembali....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Apa khabar kawan-kawan bloger2 semua? lama betul tak bersiaran di sini. Rasanya dah dekat setengah tahun blog ini tak de serinya. Bukan tak de cerita yang nak dikongsikan cuma kurang aktif di sini kerana kebanyakkan bloger sekarang beraktif kat FB. Agaknya lebih mudah berkongsi idea & pendapat kat FB. Kat FB banyak juga iera join group masakan & group deko-deko sampai boleh leka bertukar2 idea di situ. Walau bagaimanapun, ada juga bloger yang sentisa updated blog mereka & iera pun sering singgah cuma blog ini jer sudah lama bersarang sebab tuan rumahnya agak liat sikit. Sekarang ni terasa rindu pula nak berblog ni. Tak kiralah pasal masakan atau deko-deko atau apa-apa saja yang boleh dikongsi di sini. Semoga kita berjumpa lagi....

  Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™