IKLAN

Showing posts with label Jom Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Jom Makan-Makan. Show all posts

11 December 2014

Makan Malam Jalinan Kasih Puspanita

Assalamualaikum..

Malam tadi iera berpeluang menyertai makan malam anjuran JPM. Sepanjang terlibat dengan puspanita, memang tak pernah join mana-mana event @ aktiviti dia orang. Kebanyakkan aktiviti yang diajurkan semuanya terletak di Putrajaya. Oleh kerana makan malam ni diadakan di KL, itu sebab kita berpeluang sertai sekali. KAlau tak memang tak merasalah event macam ni...




Menu yang agak simple.


Tak sempat nak ambil gambar Shafinaz.. laju sangat jalannya.  Lepas persembahan, orang ramai pergi serbu bergambar tapi iera tak gi pun.. malulah...



 Nombor yang tak bertuah..huhuhu


  
Photobucket

10 December 2014

Makan Malam Mewah di Chakri Palace PAvilion KL... Terima Kasih Anjung Seri


Assalamualaikum...

Walaupun Pavilion KL tu dekat je tapi memang iera tak pernah gi sana. Lebih-lebih lagi Pavilion tu dekat kawasan Bukit Bintang. Lagilah iera tak berapa suka kat situ alasannya kawasan jem! Jika tidak kerana vouhcer makan malam ni, memang tak merasalah gi Pavilion.


Memang teruja dapat voucher makan malam dari MAjalah Anjung Seri.  Makan malam 2 orang kat Chakri Palace. Tak pernah dengar kita restoran ni. Dalam kepala dok terfikir mesti makanan kat sini mahal sebab dok kat Pavilion lagi.Terfikir juga nak pergi ke tak nak sebab voucher ni untuk dua orang jer sedangkan kami berenam. Tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak semata-mata nak pergi makan malam. En suami call restoran ni untuk bertanya boleh ke bawa anak-anak sekali. Dia orang cakap boleh jer mungkin tambah nasi & minuman . Sebab lauk yang dihidangkan mungkin tak habis makan untuk dua orang.


Iera cuma order extra nasi & minuman jer untuk anak-anak. En Suami bagi pilihan boleh order minuman yang disukai. Si isteri pejam mata jer bila tengok harga minuman kat sini. huhuhu.....
  

Macam ni dia orang cakap hidangan untuk dua orang?? banyak weh..... Sampaikan kami makan berenam pun tak habis. Jenuh En suami  & anak-anak nak habiskan lauk pauk ni. Apa pun makanan kat sini memang sedap. Lebih-lebih lagi masakan thai....


Photobucket

16 March 2012

Makan-Makan Kat Ofis

Assalamualaikum...

Semalam kita orang buat makan-makan sikit kat ofis. Masing-masing bawa sikit-sikit akhirnya bertimbun nak kita orang habiskan. Kita orang buat ni sempena hari terakhir pelajar praktikal tu kat sini.





Iera cuma buat puding kasih bertaut  & kek arora versi cupcake je.

Cenderahati yang diberi untuk kita orang
Thanks...

Photobucket

28 February 2012

Kek Birthday 4 Dalam 1


Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama tertangguh nak beli kek birthday untuk anak-anak tahun lepas. Disebabkan hari jadi dia orang jatuh berderet tiap2 bulan, IeRA ambil keputusan nak buat sekali gus je. Tapi bila masuk bulan Disember, tertunai pulak janji dengan dia orang. Terlalu sibuk dengan kerja2 di pejabat. Sudahnya, dah masuk tahun baru pun masih belum buat lagi. Sempena birthday hubby jatuh bulan ni, IeRA beli je kek untuk dia orang semua, kira 4 dalam 1  lah ni....

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™