IKLAN

Showing posts with label Hadiah Contest. Show all posts
Showing posts with label Hadiah Contest. Show all posts

10 December 2014

Makan Malam Mewah di Chakri Palace PAvilion KL... Terima Kasih Anjung Seri


Assalamualaikum...

Walaupun Pavilion KL tu dekat je tapi memang iera tak pernah gi sana. Lebih-lebih lagi Pavilion tu dekat kawasan Bukit Bintang. Lagilah iera tak berapa suka kat situ alasannya kawasan jem! Jika tidak kerana vouhcer makan malam ni, memang tak merasalah gi Pavilion.


Memang teruja dapat voucher makan malam dari MAjalah Anjung Seri.  Makan malam 2 orang kat Chakri Palace. Tak pernah dengar kita restoran ni. Dalam kepala dok terfikir mesti makanan kat sini mahal sebab dok kat Pavilion lagi.Terfikir juga nak pergi ke tak nak sebab voucher ni untuk dua orang jer sedangkan kami berenam. Tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak semata-mata nak pergi makan malam. En suami call restoran ni untuk bertanya boleh ke bawa anak-anak sekali. Dia orang cakap boleh jer mungkin tambah nasi & minuman . Sebab lauk yang dihidangkan mungkin tak habis makan untuk dua orang.


Iera cuma order extra nasi & minuman jer untuk anak-anak. En Suami bagi pilihan boleh order minuman yang disukai. Si isteri pejam mata jer bila tengok harga minuman kat sini. huhuhu.....
  

Macam ni dia orang cakap hidangan untuk dua orang?? banyak weh..... Sampaikan kami makan berenam pun tak habis. Jenuh En suami  & anak-anak nak habiskan lauk pauk ni. Apa pun makanan kat sini memang sedap. Lebih-lebih lagi masakan thai....


Photobucket

23 November 2014

Menang Ottoman Dari Ain Furnishing Anjuran Majalah Anjung Seri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, menang ottoman dari Ain Furnishing. Memang tak sangka boleh menang. Lagipun peraduan ni dalam bulan Ogos 2013 lagi. Tapi pemenangnya mungkin baru diumumkan tahun ni. Sebenarnya ini adalah kali ke 4 iera menang peraduan dari Anjung Seri. Sejak melanggan Anjung Seri dari tahun 2011 lagi, iera memang suka menghantar peraduan yang ada dalam majalah tu. Apa-apa majalah yang iera beli pun, jika ada peraduan memang selalu hantar jer cuma tak pernah ada rezeki. Tapi murah rezeki betul kat Anjung Seri ni.



Sebenarnya tertanya-tanya apa benda ottoman ni? Siap google lagi....
Memang rugi kalau tak gi collect hadiah ni. Tapi Pihak Ain Furnishing ni baik betul, sebab kita boleh collect hadiah ni bila-bila masa jer. Iera cakap kat dia orang  tarikh tutup dah dekat sebab baru terima surat. Dia orang cakap tak pe.. bila2 pun boleh collect. Memang happy betul waktu tu!!






Cantik tak? 

Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™