IKLAN

Showing posts with label Minat Dan Hobi. Show all posts
Showing posts with label Minat Dan Hobi. Show all posts

04 October 2013

Kumpul Majalah Pulak....


Salam buat semua..

Sejak nak masuk rumah sendiri ni iera dah mula dengan tabiat barulah pulak. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan asyik beli majalah pasal rumah je. Kalau nak tahu, dalam banyak-banyak majalah ni bukannya habis khatam pun baca. Tak sempat nak baca pun, kalau sempat pun cuma belek-belek tengok gambar je. Hari ini sempat beli Majalah DAPUR bulan November/Disember padahal Majalah DAPUR bulan sebelumnya pun tak sempat tengok pun. Majalah Anjung Seri pun tiap2 bulan beli itupun tak sempat baca gak.  Kalau HB tahu mesti dia bising. Tak pelah, beli dulu baca kemudian.
 
Satu-satunya majalah LAMAN yang iera beli padahal tak de kaitan langsung dengan deco2. Nak memiliki taman kat teratak cassia memang tak kesampaianlah. Tanah pun secuit jer ada, macam mana nak ada taman kat halaman rumah. Iera beli ni pun sebab ada rumah jiran  keluar kat majalah ni. rasanya boleh bagi idea ni walaupun tanahnya sekangkang kera jer tapi bergantung pada budgetlah.


Memang tersusun rapi jer koleksi majalah ni kat belakang meja  kita. Tak bawa balik pun takut HB bising. Sesiapa nak pinjam bolehlah bagitahu ye....

Photobucket

26 September 2013

Koleksi Baru....

Salam.. 

Antara koleksi-koleksi yang baru diterima.. 




Photobucket

28 July 2013

Koleksi Fridge Magnet lagi

Antara yang terbaru


Baru je dapat...

Photobucket

22 October 2012

Goodie Bag Birthday Adam

Assalamualaikum... 

Baru-baru ni, iera bertungkus lumus menyediakan goodie bag birthday Adam untuk diberikan pada kawan-kawan di Taski semalam. Bunyinya macam banyakkan pada hal lebih kurang 150 goodie bag je. Oleh kerana taskinya ramai sangat so budgetnya kecillah sikit. Itupun sebab iera nak bagi semua anak2 taski kat situ. Cikgu kat situ cakap, terpulang nak bagi ikut kelas ke, ikut tahun ke atau semua. Oleh itu, iera ambil keputusan nak bagi semua taski 5 & 6 tahun termasuk anak2 tadika sekali. Biar semuanya dapat..... 


Goodie Bag yang dah siap, itu pun dia orang yang isikan....

Antara bahan2 yang disediakan...


Tangan yang tak berapa nak kreatif

Antara isi didalamnya

Kek yang tak berapa nak menjadi, meleleh toppingnya....huhuhuhu
Photobucket

18 October 2012

Hadiah Lagi... Thanks

Suka sangat dapat hadiah ni dari Mak Affaf

Langkawi

Australia

Holland

Singapore
Photobucket

31 May 2012

Majalah Dan Fesyen Tudung


Assalamualaikum buat semua... Jika sesiapa perasan, makin menjadi-jadi fesyen tudung sekarang. Tak larat rasanya nak ikut trend terkini. En. Hubby pun mula bising sebab kat rumah dah jadi macam kedai jual tudung pulak. Kalau baca majalah je, mesti ada je fesyen terkini ke, keluaran terbaru ke dan macam-macam lagilah. Di antara majalah2 yang banyak terdapat fesyen tudung yang Iera perasan ialah 3 buah majalah ni. Kalau majalah lain tak tahulah pulak sebab iera biasa tengok mejalah ni je. Kalau mingguan wanita tu banyak produk kecantikan je....

NUR- Dulu majalah yang paling disukai dan tak pernah terlepas untuk memilikinya. Tapi kini iera dah jarang membelinya sebab baca kat e-browse je.

 NONA- Dulu dalam fikiran majalah ni untuk orang2 kaya je maklumlah banyak cerita tentang orang-orang kenamaan je, lagipun fesyen baju banyak sgt jadi tak berapa gemar sangat. Rasa tak berbaloi membelinya. Sejak akhir2 ni banyak fesyen tudung terkini ada so iera baca online je kat e-browse.

Dara.Com - Majalah ni memang hanya sesuai untuk remaja je....tapi saja je baca utk tengok fesyen tudung. 

hijabista -  Majalah terbaru untuk fesyen tudung terkini. Bila tengok fesyen tudung kat majalah ni macam pelik je.
Dhaja - Tiap kali tengok Irma Hasmie pakai tu ni cantik betul tundungnya. Sepadanlah dengan tuannya yang cantik tu. Harga pun boleh tahan juga.

Pearl Haya - Yang ni tiap2 bulan iera tak terlepas tengok koleksi terbaru dari PH. Kalau buka web. PH tak tahan godaannya. Cantik sangat.....
Tapi berbaloi ke memilikinya????
Photobucket

09 May 2012



Assalamualaikum dan Salam Kembali...

 Fridge Magnet Dari Veana
Pemberian Bos kita


23 March 2012

12 March 2012

Koleksi Fridge Magnet


Assalamualaikum...

Tengahari tadi singgah kejap kat maju juntion waktu nak balik dari bank. Rambang mata tengok gerai-gerai kat situ. Macam-macam barangan ada di jual kat situ. Tengah-tengah bulan macam ni, poket pun dah lodeh.Sambil2 tu sempat jugalah Iera sambar dua tiga ketul fridge magnet. Saja-saja je ni, nak menambahkan koleksi yang ada......

Photobucket

29 February 2012

Hobi Baru Lagi.....

Assalamualaikum...

Hari ini nak kongsi satu hobi baru IeRA sejak akhir-akhir ini. Kalau dulu, tiap kali ada orang bagi fridge atau keychain, mesti letak merata je. Kali ini IeRA ingat nak buat koleksi pulak. Itu pun sebab terpengaruh dengan kak ipar waktu pergi rumahnya. Boleh dikatakan beliau tu peminat fridge & keychain. Sejak hari tu, kita pun mulalah berjinak-jinak juga....


Antara koleksi fridge yang ada.....



Koleksi Keychain......
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™