IKLAN

12 June 2014

Kek Minyak Versi Bakar

Assalamualaikum

Kek yang tak pernah jemu-jemu  makan dan boleh dikatakan amat kerap iera buat. Lagipun kek ni memang sedap dan senang dibuat. Rugi rasanya kalau sesiapa tak mencubanya. Rasanya resepi asal kek ni adalah versi kukus tapi iera ni bab kukus mengukus ni malas sikit. Malas nak keluarkan pengukus yang dah tersedia tersimpan. Pada hal dulu bukan main lagi beli mengukus besar. Jadi iera lebih suka buat dalam versi bakar.



RESEPI KEK MINYAK 
Original MyResipi 
Sumber : LiNa PgIzah

CNP       : Kak Yatie

Bahan-bahan ( 8x8inci)

·                     5 biji telur gred A
·                     1/2 cawan gula halus / gula kastor
·                     2 cawan tepung gandum*
·                     1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
·                     1 cawan susu pekat
·                     1 sudu besar ovallate
·                     1 cawan minyak masak
·                     perasa dan pewarna kegemaran(saya letak perisa kopi dan oren)
·                     1 sudu teh esen vanila

Cara-cara 

1.            Panaskan oven suhu 170'C
2.            Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
3.            Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
4.            Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
5.            Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
6.            Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
7.            Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
8.            Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
9.            Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)
10.         Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan


Photobucket

11 June 2014

Blueberry Sponge Tarts

 Assalamualaikum dan selamat pagi...

Semalam terpandang resepi ni kat blog Roz HomeKreation. Tiba-tiba hati berkobar-kobar untuk mencubanya. Lagipun kat rumah tu masih ada sebalang lagi kulit tart yang belum digunakan. Lebihan buat cheese tart untuk birthday cucu mak affaf tempoh hari. Nak buat cheese tart lagi anak-anak pun dah boring.



Resepi yang amat mudah untuk dicuba dan sangat sedap dimakan ketika masih panas. So memang  tak rugi mencubanya. Terima kasih kepada puan punya resepi dan minta izin CNP resepi kat sini ye..

Blueberry Sponge Tarts

Hasil: ~2 dozen


BAHAN2:
Tartlet Pastry yg sudah siap di bakar  
Jem Blueberry

SPONGE CAKE:
1 bj Telur
25g Tepung Kek
25g Gula Kastor
3g Ovalet
6g Susu Cair
12g Mentega Cair

CARA2:
1. Pukul kesemua bahan2 sponge cake, kecuali butter, sehingga pekat & bertali.
Masukkan butter & gaul rata.
2. Sudukan sedikit jem strawberry ke dalam tartlet pastry. 
Sudukan pula adunan kek ke menutupi lapisan jem.
3. Bakar 180C selama 15 minit atau keperangan.




  Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™