IKLAN

22 April 2012

Lunch di Ayam Penyet BEST

Assalamualaikum... 

Kalau hari Ahad, lepas ambil dia orang tuisyen kita orang terus je gi makan luar. Boleh dikatakan setiap minggu macam tu. Alamak botaklah kepala hubby kita nampaknya. Iera pun dah jadi malas je tiap kali hari minggu. Teruk betul kita ni!!!

Kali ni kita orang lunch kat restoran ayam penyet BEST kat Sri Gomak. Sebenarnya ini kali ke 2 kita orang makan kat sini. Kat sini murah sikit jika dibandingkan dengan Restoran Ayam Penyet AP. Ayam Penyet AP pun sedap juga cuma anak-anak lebih suka makan kat sini.

Photobucket

18 April 2012

Sugee Black Cherry Square


Assalamualaikum ........

 Agak lama juga dapur kita tak berasap kat sini. Kadang2 tu bila masak rasa malas je nak ambil gambar sebab guna hp je. Sejak kamera kita rosak tempoh hari, sampai kini belum berganti lagi. Berfikir banyak kali pulak nak beli sebab masih ada keperluan lain yang perlu diutamakan. 

Berbalik cerita pasal kek ni dah lama iera buat sebenarnya waktu tu terpandang kek ni kat Blog HomeKreation. Kata Alongz, kek ni adalah antara feberetnya. Lagilah bersemangat nak mencubanya tapi rupanya tak delah secantik kek yang Alongz buat tu. Thanks kerana sudi kongsi resepi yang sedap ini.

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Diana FRD (blog Diana dah tutup)
Saiz: 8" persegi

BAHAN2:
1½ cwn Tepung Gandum*
2 st Baking Powder* (* ayak)
1 cwn Suji
½ cwn Gula Kastor
200g Butter
2 bj Telur
2 st Vanilla Essence
Jem pilihan anda (Along guna jem organik Black Cherry - ada byk buah ceri bulat2 dlm jem tu)- letak filling strawberry
Hirisan Almond (optional - ni Along tambah sendiri) - iera tabur oat je

CARA2:
1. Panaskan oven 170C.

2. Campurkan empat bahan yg pertama.
Gaulkan butter, telur & VE sehingga rata.

3. Ratakan 1/2 adunan ke dlm tin.
Sapukan jem ke atas nya & tutup dgn separuh lagi adunan.
Taburkan almond.

4. Bakar 20-25 min.

Photobucket

12 April 2012

Tips Ibu Bapa Jalin Kemesraan Dengan Anak-Anak

Lima langkah jadi panduan jalin ikatan mesra

a) Menunaikan solat secara berjemaah bersama anak
b) Menikmati hidangan keluarga sambil berkongsi pengalaman aktiviti yang berlaku sepanjang hari
c) Menonton televisyen bersama-sama bagi rancangan sesuai sambil bersembang dan berbincang dengan cara yang mendidik bagi menyemai nilai positif daripada rancangan yang ditonton.
d) Membeli bahan bacaan seperti buku mengenai kisah nabi atau kisah teladan dan berkongsi pengajaran dan iktibar
e) Memperuntukkan masa untuk beriadah dan menziarahi ahli keluarga terdekat supaya anak mengenali saudara mara.




Photobucket

Hentian Gua Musang... Rehat Sekejap

Assalamualaikum....

Minggu lepas kita orang balik kampung, maklumlah cuti sekolah hari tu tak berkesempatan nak balik. So terpaksalah anak-anak ponteng sekolah sehari dua termasuklah hubby juga. Kita lainlah, boleh cuti rehat. Masa perjalanan balik, kami singgah sekejap kat hentian gm yang baru beroperasi. Kawasannya cantik dan selesa maklumlah baru lagi. Harga makanan kat situ pun boleh tahan juga. Oleh sebab bukan waktu cuti, orang pun tak ramai. Tunggulah cuti raya nanti, penuh sesak nanti.


Laluan ke tandas
Taman untuk budak-budak

Surau

Photobucket

11 April 2012

Ke Hadramawt Bersama Anak-Anak

Assalamualaikum dan salam kembali....

Agak lama juga Iera tak updated teratakiera ni. Sibuk memanjang je bulan ni. Rasanya tak menang tangan, sampaikan nak buka blog kawan2 pun tak sempat. Lebih2 lagi dapur kita pun dah lama tak berasap....

Bulan Februari yang lepas, Iera ada beli kupon meal dari Hadramawt dari GROUPON. Oleh kerana tarikh tu dah nak expired so kita bawalah anak2 makan kat situ. Ini adalah kali ke 3 ira sekeluarga datang ke sini. Anak-anak pun suka juga makan sini.


Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™