Assalamualaikum ........
Agak lama juga dapur kita tak berasap kat sini. Kadang2 tu bila masak rasa malas je nak ambil gambar sebab guna hp je. Sejak kamera kita rosak tempoh hari, sampai kini belum berganti lagi. Berfikir banyak kali pulak nak beli sebab masih ada keperluan lain yang perlu diutamakan.
Berbalik cerita pasal kek ni dah lama iera buat sebenarnya waktu tu terpandang kek ni kat Blog HomeKreation. Kata Alongz, kek ni adalah antara feberetnya. Lagilah bersemangat nak mencubanya tapi rupanya tak delah secantik kek yang Alongz buat tu. Thanks kerana sudi kongsi resepi yang sedap ini.
By: AlongRoz@HomeKreation
Source: Diana FRD (blog Diana dah tutup)
Saiz: 8" persegi
Source: Diana FRD (blog Diana dah tutup)
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:
1½ cwn Tepung Gandum*
2 st Baking Powder* (* ayak)
1 cwn Suji
½ cwn Gula Kastor
200g Butter
2 bj Telur
2 st Vanilla Essence
Jem pilihan anda (Along guna jem organik Black Cherry - ada byk buah ceri bulat2 dlm jem tu)- letak filling strawberry
Hirisan Almond (optional - ni Along tambah sendiri) - iera tabur oat je
CARA2:
1. Panaskan oven 170C.
2. Campurkan empat bahan yg pertama.
Gaulkan butter, telur & VE sehingga rata.
3. Ratakan 1/2 adunan ke dlm tin.
Sapukan jem ke atas nya & tutup dgn separuh lagi adunan.
Taburkan almond.
4. Bakar 20-25 min.
1 comment:
Post a Comment