IKLAN

24 September 2012

Conflake Madu Pedas

Assalamualaikum & Selamat Pagi buat semua... Dah lama benar saya tak updated Blog Tentang Dia. Walaupun selalu terjah blog kawan-kawan tapi blog sendiri liat je nak updated. Mood malas ni makin menjadi-jadi sekarang. Tambahan pula dengan urusan peribadi yang bertimbun-timbun perlu diuruskan.

Okeylah, berbalik dengan cerita Dapur Berasap ni... dah lama ingin mencuba resepi Conflake Madu Pedas. Rasanya Iera pernah makan kat rumah kawan pada raya tahun lepas, katanya dia order dari kawannya kat Sarawak. Kalau tengok kat belakang kotak conflake pun ada resepi ni tapi tak berani nak try, so iera try je resepi dari Kak Dayang. Lagipun tengok macam senang je...
.

Cornflake Madu Pedas Rangup
 Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

 bahan-bahan :
 1 bungkus cornflake
 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
     - iera ganti dengan badam panggang
 6 biji bawang merah (ditumbuk)
 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit cili giling/cili kisar
 madu secukupnya
 sedikit garam 100 g mentega +/-

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.

Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.

Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.

 Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!




Kalau dah start makan memang susah nak berhenti........

Photobucket

3 comments:

Liza said...
This comment has been removed by a blog administrator.
adda syuhada said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hilmirda Daud said...
This comment has been removed by a blog administrator.
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™