Salam buat semua..
Sejak nak masuk rumah sendiri ni iera dah mula dengan tabiat barulah pulak. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan asyik beli majalah pasal rumah je. Kalau nak tahu, dalam banyak-banyak majalah ni bukannya habis khatam pun baca. Tak sempat nak baca pun, kalau sempat pun cuma belek-belek tengok gambar je. Hari ini sempat beli Majalah DAPUR bulan November/Disember padahal Majalah DAPUR bulan sebelumnya pun tak sempat tengok pun. Majalah Anjung Seri pun tiap2 bulan beli itupun tak sempat baca gak. Kalau HB tahu mesti dia bising. Tak pelah, beli dulu baca kemudian.
Satu-satunya majalah LAMAN yang iera beli padahal tak de kaitan langsung dengan deco2. Nak memiliki taman kat teratak cassia memang tak kesampaianlah. Tanah pun secuit jer ada, macam mana nak ada taman kat halaman rumah. Iera beli ni pun sebab ada rumah jiran keluar kat majalah ni. rasanya boleh bagi idea ni walaupun tanahnya sekangkang kera jer tapi bergantung pada budgetlah.
Memang tersusun rapi jer koleksi majalah ni kat belakang meja kita. Tak bawa balik pun takut HB bising. Sesiapa nak pinjam bolehlah bagitahu ye....