IKLAN

03 October 2013

DIY : Sarung Selipar Anak

Salam Buat Semua...

Sejak bila tangan ni mula gatal menjahit ni padahal dah berkurun iera tak sentuh mesin jahit ni. Sampaikan nak guna pun dah tak ingat macam mana. Iera sanggup jahit jelujur dengan tangan je tiap kali nak kecilkan kaki seluar & tangan baju anak. Bukan tak nak guna tapi tak reti nak guna. Dulu bukan main semangat nak beli mesin jahit ni dan sanggup simpan duit untuk memilikinya. Waktunya HB tanya ada keperluan atau tidak, iera cakap mestilah ada sebab nak belajar menjahit baju kurung. Tak sanggup rasanya nak hantar tempahan kat KL ni sebab mahal. KAlau jahit sendiri bolehlah jimat sikit. Kesudahannya memang betul cakap HB kita, iera ni angan2 jer banyak tapi satu pun tak de penghujungnya. Sampai sekarang satu helai baju pun iera tak jahit, lebih rela baju yang readymade....



Hari tu masa dok mengemas2 bilik, iera tengok mesij jahit ni asyik bertukar tempat jer. Kejap letak situ, kejap alih ke sana pulak. Maklumlah rumah kecil tak de sempat nak simpan. Tiba-tiba datang idea nak buat beg uncang untuk anak-anak simpan selipar kat sekolah agama. Cuba bayangkan tiap kali balik sekolah agama asyik hilang je selipar dia orang. Kalau tak abang, adik pulak hilang. Kalau nak letak dalam plastik macam tak berapa sesuai sangat letak dalam kelas. Iera jahitkan beg uncang ni untuk dia orang nanti bolehlah dia orang letak selipar dalam tu dan simpan dalam kelas. So tak delah cikgu2 dia orang perasaan sangat letak selipar dalam kelas. Ok tak idea iera....


Iera ni memang tak ada bakat langsung menjahit tapi tetap nak mencubanya juga walaupun hasilnya tak secantik mana. Tapi tak pelah setakat nak letak selipar je. Kalau nak tengok yang real punya boleh tengok kat SINI. Iera pun follow kat situ jer....



















Inilah hasilnya....

1 comment:

yana Jasni said...

sama la.. hhehe... adik kita buat sistem nih. bubuh dalam kereta..

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™