IKLAN

04 October 2013

Kumpul Majalah Pulak....


Salam buat semua..

Sejak nak masuk rumah sendiri ni iera dah mula dengan tabiat barulah pulak. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan asyik beli majalah pasal rumah je. Kalau nak tahu, dalam banyak-banyak majalah ni bukannya habis khatam pun baca. Tak sempat nak baca pun, kalau sempat pun cuma belek-belek tengok gambar je. Hari ini sempat beli Majalah DAPUR bulan November/Disember padahal Majalah DAPUR bulan sebelumnya pun tak sempat tengok pun. Majalah Anjung Seri pun tiap2 bulan beli itupun tak sempat baca gak.  Kalau HB tahu mesti dia bising. Tak pelah, beli dulu baca kemudian.
 
Satu-satunya majalah LAMAN yang iera beli padahal tak de kaitan langsung dengan deco2. Nak memiliki taman kat teratak cassia memang tak kesampaianlah. Tanah pun secuit jer ada, macam mana nak ada taman kat halaman rumah. Iera beli ni pun sebab ada rumah jiran  keluar kat majalah ni. rasanya boleh bagi idea ni walaupun tanahnya sekangkang kera jer tapi bergantung pada budgetlah.


Memang tersusun rapi jer koleksi majalah ni kat belakang meja  kita. Tak bawa balik pun takut HB bising. Sesiapa nak pinjam bolehlah bagitahu ye....

Photobucket

03 October 2013

DIY : Sarung Selipar Anak

Salam Buat Semua...

Sejak bila tangan ni mula gatal menjahit ni padahal dah berkurun iera tak sentuh mesin jahit ni. Sampaikan nak guna pun dah tak ingat macam mana. Iera sanggup jahit jelujur dengan tangan je tiap kali nak kecilkan kaki seluar & tangan baju anak. Bukan tak nak guna tapi tak reti nak guna. Dulu bukan main semangat nak beli mesin jahit ni dan sanggup simpan duit untuk memilikinya. Waktunya HB tanya ada keperluan atau tidak, iera cakap mestilah ada sebab nak belajar menjahit baju kurung. Tak sanggup rasanya nak hantar tempahan kat KL ni sebab mahal. KAlau jahit sendiri bolehlah jimat sikit. Kesudahannya memang betul cakap HB kita, iera ni angan2 jer banyak tapi satu pun tak de penghujungnya. Sampai sekarang satu helai baju pun iera tak jahit, lebih rela baju yang readymade....



Hari tu masa dok mengemas2 bilik, iera tengok mesij jahit ni asyik bertukar tempat jer. Kejap letak situ, kejap alih ke sana pulak. Maklumlah rumah kecil tak de sempat nak simpan. Tiba-tiba datang idea nak buat beg uncang untuk anak-anak simpan selipar kat sekolah agama. Cuba bayangkan tiap kali balik sekolah agama asyik hilang je selipar dia orang. Kalau tak abang, adik pulak hilang. Kalau nak letak dalam plastik macam tak berapa sesuai sangat letak dalam kelas. Iera jahitkan beg uncang ni untuk dia orang nanti bolehlah dia orang letak selipar dalam tu dan simpan dalam kelas. So tak delah cikgu2 dia orang perasaan sangat letak selipar dalam kelas. Ok tak idea iera....


Iera ni memang tak ada bakat langsung menjahit tapi tetap nak mencubanya juga walaupun hasilnya tak secantik mana. Tapi tak pelah setakat nak letak selipar je. Kalau nak tengok yang real punya boleh tengok kat SINI. Iera pun follow kat situ jer....



















Inilah hasilnya....

29 September 2013

Setelah Sekian Lama Tak Buat.... Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua..

Asyik tenggelam timbul je iera ni. Kadang-kadang tu memang terasa rindu nak updated teratakiera setiap hari tapi masa tidak begitu mengizinkan. Nak kata terlampau sibuk tak delah sangat cuma terasa macam cepat jer masa berlalu. Walaupun begitu, iera suka juga terjah blog kawan-kawan di alam maya ini. Selain berkongsi resepi, iera juga suka intai-intai deco dari blog kawan-kawan. Manalah tahu kot2 dapat ilham dari dia orang semua untuk teratak cassia iera nanti

Okeylah, hari ini iera nak tayang cheese tart yang iera buat. Dah lama benar tak buat jadi rasa macam teringinlah pulak nak makan. Bila dah lama tak buat, memang kejap je laku. Kalau dulu memang sentiasa ada dalam peti ais sebab lebihan orang order, sampai anak2 pun dah naik boring nak makan. Iera lagilah, langsung tak boleh nak telan. Okeylah, layan jer ye....






Masih setia menggunakan resepi yang sama dari Blog Azita Zain. Terima kasih kepada tuan punya resepi ....

Photobucket

26 September 2013

Koleksi Baru....

Salam.. 

Antara koleksi-koleksi yang baru diterima.. 




Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™