IKLAN

14 April 2014

Peanut Butter Choc Chips Cookies

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pagi ni dok tayang cookies lah pulak. Tak semestinya tunggu raya baru boleh buat cookies kan.  Zaman sekarang ni, tak yah tunggu nak raya, sepanjang masa ada dan di mana saja. Buat cookies ni semata-mata nak habiskan peanut butter yang dah dekat nak luput tarikhnya. Puas fikir nak buat apa dengan peanut butter ni, nak makan dengan roti,  budak-budak ni kurang sikit. Tapi kalau coklat laju jer jalan, tak payah makan dengan roti, makan gitu jer boleh licin..


Macam biasa, menjelajah cik google mencari resepi yang agak mudah kerana bahan-bahan yang ada kat rumah agak terhad. Sekarang ni agak jarang nak gi kedai bakeri sebab kalau dah pergi memang gatal tangan jer nak ambil itu dan ini. Kesudahannya melebihi peruntukkan yang dihadkan. Kali ini iera mencuba resepi Peanut Butter Choc Chips Cookies dari Blog Hana sebab tengok bahan-bahannya simple dan yang penting dah tersedia kat dapur tu. Minta izin CNP ye Hana.....TQ


Peanut Butter Choc Chips Cookies
Sumber       : Hana's Family

Bahan-bahan
  • 125g pure butter
  • 4-5 sudu makan(penuh) peanut butter
  • 60g gula caster
  • 1 1/2 cwn tepung gandum*
  • 1/2 cwn tepung jagung* ayak bersama
  • secubit garam*
  • 1 biji telur(L)
  • esen vanilla
  • chocolate chips-ikut suka byk mana

Cara-cara

  • panaskan oven 170c(bergantung pd oven masing2)
  • satukan butter,peanut butter dan gula dlm bowl.pukul sebati
  • masukkan telur dan vanilla.pukul rata.
  • masukkan tepung dan chocolate chips.pukul sebati.
  • simpan sekejap dlm peti sejuk.
  • bulat2kan susun atas baking tin.tekan dgn garfu.
  • bakar 20-25min(sehingga perang)
  • sejukkan atas redai kuih.simpan dlm bekas kedap udara.





Inilah rupa peanut butter yang iera guna tu. Yang selalu Linda Onn dok sebut2 dalam suria fm tu. Iera dapat percuma dua botol kecil  semasa beli SunBear Coklat botol besar kat ekpo PWTC hari tu. Balik rumah baru perasaan tarikhnya dah nak luput, patutlah dia orang bagi free. Selalunya tiap kali beli barang iera memang semak tarikh luputnya, mungkin kalut kot sebab banyak benda nak cuci mata lagi kat situ hari tu....hihihihi.

Photobucket

13 April 2014

Apom Lenggang

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...


Pernah dengar Apom Lenggang atau pernah makan?

Iera pertama kali tengok dan dengar nama Apom Lenggang masa jalan-jalan kat blog Iza Akma. Masa tu tertanya-tanya kuih apakah ini dan ada keinginan mencuba.Apabila jelajah kat google pasal kuih ni, rupanya popular juga. Agaknya iera ni jer ketinggalan zaman. Sebenarnya terdapat berbagai-bagai resepi untuk kuih ni tetapi untuk kali ini, ira cuba dulu resepi dari Iza Akma dan Puan punya resepi asal zalieda zaliedana.Terima kasih kerana kongsi resepi yang sedap ni... 



Apom Lenggang 

Resepi asal : FB Zalieda Zaliedana 
Sumber : Singgahsana Kitchen 

Bahan-Bahan
2     Cwan Tepung Beras
1/2  Cawan Nasi Sejuk
3/4  Cawan Air 
1     Cawan Santan Sederhana pekat ( iera guna santan kotak) 
1/2  Cawan Gula 
3     biji Telur 
1     SK Yis 
1     SK Garam 

Cara-Cara 
Blend Nasi bersama air hingga halus,Masukkan Tepung Beras,Gula,Santan,yis,telur. Blend lagi hingga sebati,peram sekurang-kurangnya satu jam hingga nampak adunan naik. Bila adunan dah naik masukkan garam gaul sebati dan bolehlah di lenggang.. 

 *Kalo ori dari apom india tak letak yis & telur tak letak pun takpe..tapi saya suka letak telur lebih sedap dan bila letak yis adunan takyah nak peram lama sangat..




Photobucket

11 April 2014

Tudung Oh Tudung.....

Salam...

Petang-petang macam ni tak delah nak kongsi resepi. Nanti bila dah siap upload gambar kat komputer bolehlah share dengan kawan-kawan kat sini. Kebanyakkan gambar masih tersimpan kat phone...

Betul ke orang cakap perempaun dengan tudung dah tak boleh dipisahkan. Tiap kali sembang dengan kawan-kawan mesti pasal tudung. Balik kampung jumpa ipar duai pun cakap pasal tudung, buka fb pun tengok tudung. Iera tak delah cakap pasal orang lain tapi pasal diri sendiri. Memang terkena pada batang hidung sendiri.....hihihihi.

Dulu iera pernah share kat SINI, iera memang suka sangat pakai tudung PH. Bukan riak tapi memang selesa sangat bila memakainya. Pantang dengar Sale memang tak ketinggalan tapi tak delah sampai gi PH Senawang. Jauh tu.... Selalu beli online jer. Sejak PH buka cawangan kat KL, selalu gi situ jer. Habis kawan2 satu ofis iera pengaruh...


Sekarang ni iera tengok kat FB ramai sangai orang preloved PH mahupun Fareeda. Walaupun preloved tetap ada orang membelinya. Iera tak delah membelinya tapi ambil kesempatan menjual koleksi yang ada tapi tak delah banyak sangat. Syukurlah, apa yang iera preloved kebanyakkan semuanya laku.Sekarang diri sendiri dah terkapai-kapai nak pakai tudung apa sebab habis semuanya dah jual, yang ada pun dah jemu nak pakai.. .padan muka!!!

    Photobucket

10 April 2014

Salam Kembali....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.... Apa khabar kawan-kawan bloger2 semua? lama betul tak bersiaran di sini. Rasanya dah dekat setengah tahun blog ini tak de serinya. Bukan tak de cerita yang nak dikongsikan cuma kurang aktif di sini kerana kebanyakkan bloger sekarang beraktif kat FB. Agaknya lebih mudah berkongsi idea & pendapat kat FB. Kat FB banyak juga iera join group masakan & group deko-deko sampai boleh leka bertukar2 idea di situ. Walau bagaimanapun, ada juga bloger yang sentisa updated blog mereka & iera pun sering singgah cuma blog ini jer sudah lama bersarang sebab tuan rumahnya agak liat sikit. Sekarang ni terasa rindu pula nak berblog ni. Tak kiralah pasal masakan atau deko-deko atau apa-apa saja yang boleh dikongsi di sini. Semoga kita berjumpa lagi....

  Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™