IKLAN

23 November 2014

Roti Cheese Bergula Yang Sedap & Lembut

Assalamualaikum & Selamat Pagi..

Dah lama benar iera tak meroti sejak breadmaker rosak. Ada juga try uli dengan tangan tapi rotinya tak berapa lembut & ada sekali tu dohnya langsung tak naik. Last2 buang jer doh tu.Sejak hari tu hati ni berkobar-kobar nak beli mixer besar agar senang nak meroti. 


Kali ini iera mencuba resepi roti dari Blog Zalinzalina. Iera memng suka singgah kat blog ni kerana suka tengok roti-roti yang beliau share. Memang tergoda dibuatnya. Jom kita tengok resepinya..

Tepung high protein   500 gram
Margerin   100gram
Telur B   2 biji
Garam halus   1 sudu kecik
Susu Pekat atau Susu Tepung    2 sudu kecik
Bread Improver    1 sudu kecik
Air suam   210 ml
Gula kastor atau gula pasir   100 gram
Yis kering   1 peket atau 11 gram

Masukkan semua bahan kecuali air suam, gula dan yis kering...

* Air suam dikacau dengan gula dan kemudian dicampurkan dengan yis kering...biarkan sekejap sampai berbuih.

***kalau guna mixer heavy duty kena uli selama 15 minit dan guna air sejuk... kalau terlalu lama diuli dengan air suam nanti doh cepat panas dan tekstur roti jadi tak cantik.....




Photobucket

20 November 2014

Peraduan vs Contest

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni saya suka sangat singgah blogger2 yang aktif join contest & menag hadiah best-best. Memang teruja tengok dia orang share hadiah-hadiah yang dimenangi. Bukan semua orang bertuah berjaya dalam contest macam tu. Lebih2 lagi jika contest tu memerlukan slogan. Bukan senang nak buat slogan, puas memerah otak memikirkannya. Jangan ingat slogan kita tu adalah yang terbaik kerana orang lain mumgkin lagi terbaik...

Sebelum ini ira pernah join banyak GA/giveaway kat blog-blog. Ada yang bertuah dan ada juga tak bertuah. Tapi hadiah yang dimenangi takdelah besar sangat. Masa tu memang seronok join dan lebih seronok lagi jika bertuah. Tapi makin lama makin boring pulak sebab setaip giveaway banyak sangat kena like.. like situ like sini. Maklumlah ramai sangat sponsornya. So kenalah like semua blogger/fb yang bagi sponser tu. Sejak itu dah makin malas nak join... Apa pun terasa nak join contest pulak!!!!


  Photobucket

12 June 2014

Kek Minyak Versi Bakar

Assalamualaikum

Kek yang tak pernah jemu-jemu  makan dan boleh dikatakan amat kerap iera buat. Lagipun kek ni memang sedap dan senang dibuat. Rugi rasanya kalau sesiapa tak mencubanya. Rasanya resepi asal kek ni adalah versi kukus tapi iera ni bab kukus mengukus ni malas sikit. Malas nak keluarkan pengukus yang dah tersedia tersimpan. Pada hal dulu bukan main lagi beli mengukus besar. Jadi iera lebih suka buat dalam versi bakar.



RESEPI KEK MINYAK 
Original MyResipi 
Sumber : LiNa PgIzah

CNP       : Kak Yatie

Bahan-bahan ( 8x8inci)

·                     5 biji telur gred A
·                     1/2 cawan gula halus / gula kastor
·                     2 cawan tepung gandum*
·                     1 sudu kecil baking powder*(* diayak bersama)
·                     1 cawan susu pekat
·                     1 sudu besar ovallate
·                     1 cawan minyak masak
·                     perasa dan pewarna kegemaran(saya letak perisa kopi dan oren)
·                     1 sudu teh esen vanila

Cara-cara 

1.            Panaskan oven suhu 170'C
2.            Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
3.            Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
4.            Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
5.            Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
6.            Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
7.            Akhir sekali masukkan tpng gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2 atau 3 warna.
8.            Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
9.            Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (saya bakar suhu 170'C selama 60min api atas dan bawah)
10.         Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan


Photobucket

11 June 2014

Blueberry Sponge Tarts

 Assalamualaikum dan selamat pagi...

Semalam terpandang resepi ni kat blog Roz HomeKreation. Tiba-tiba hati berkobar-kobar untuk mencubanya. Lagipun kat rumah tu masih ada sebalang lagi kulit tart yang belum digunakan. Lebihan buat cheese tart untuk birthday cucu mak affaf tempoh hari. Nak buat cheese tart lagi anak-anak pun dah boring.



Resepi yang amat mudah untuk dicuba dan sangat sedap dimakan ketika masih panas. So memang  tak rugi mencubanya. Terima kasih kepada puan punya resepi dan minta izin CNP resepi kat sini ye..

Blueberry Sponge Tarts

Hasil: ~2 dozen


BAHAN2:
Tartlet Pastry yg sudah siap di bakar  
Jem Blueberry

SPONGE CAKE:
1 bj Telur
25g Tepung Kek
25g Gula Kastor
3g Ovalet
6g Susu Cair
12g Mentega Cair

CARA2:
1. Pukul kesemua bahan2 sponge cake, kecuali butter, sehingga pekat & bertali.
Masukkan butter & gaul rata.
2. Sudukan sedikit jem strawberry ke dalam tartlet pastry. 
Sudukan pula adunan kek ke menutupi lapisan jem.
3. Bakar 180C selama 15 minit atau keperangan.




  Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™