Assalamualaikum & Selamat Pagi..
Dah lama benar iera tak meroti sejak breadmaker rosak. Ada juga try uli dengan tangan tapi rotinya tak berapa lembut & ada sekali tu dohnya langsung tak naik. Last2 buang jer doh tu.Sejak hari tu hati ni berkobar-kobar nak beli mixer besar agar senang nak meroti.
Kali ini iera mencuba resepi roti dari Blog Zalinzalina. Iera memng suka singgah kat blog ni kerana suka tengok roti-roti yang beliau share. Memang tergoda dibuatnya. Jom kita tengok resepinya..
Tepung high protein 500 gram
Margerin 100gram
Telur B 2 biji
Garam halus 1 sudu kecik
Susu Pekat atau Susu Tepung 2 sudu kecik
Bread Improver 1 sudu kecik
Air suam 210 ml
Gula kastor atau gula pasir 100 gram
Yis kering 1 peket atau 11 gram
Masukkan semua bahan kecuali air suam, gula dan yis kering...
* Air suam dikacau dengan gula dan kemudian dicampurkan dengan
yis kering...biarkan sekejap sampai berbuih.
***kalau guna mixer heavy
duty kena uli selama 15 minit dan guna air sejuk... kalau terlalu lama diuli
dengan air suam nanti doh cepat panas dan tekstur roti jadi tak cantik.....
No comments:
Post a Comment