IKLAN

24 September 2012

Conflake Madu Pedas

Assalamualaikum & Selamat Pagi buat semua... Dah lama benar saya tak updated Blog Tentang Dia. Walaupun selalu terjah blog kawan-kawan tapi blog sendiri liat je nak updated. Mood malas ni makin menjadi-jadi sekarang. Tambahan pula dengan urusan peribadi yang bertimbun-timbun perlu diuruskan.

Okeylah, berbalik dengan cerita Dapur Berasap ni... dah lama ingin mencuba resepi Conflake Madu Pedas. Rasanya Iera pernah makan kat rumah kawan pada raya tahun lepas, katanya dia order dari kawannya kat Sarawak. Kalau tengok kat belakang kotak conflake pun ada resepi ni tapi tak berani nak try, so iera try je resepi dari Kak Dayang. Lagipun tengok macam senang je...
.

Cornflake Madu Pedas Rangup
 Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

 bahan-bahan :
 1 bungkus cornflake
 1 bungkus roasted peanut (boleh juga menggunakan kacang tanah kopek yang dipanggang/goreng sendiri)
     - iera ganti dengan badam panggang
 6 biji bawang merah (ditumbuk)
 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit cili giling/cili kisar
 madu secukupnya
 sedikit garam 100 g mentega +/-

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali besar. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan cili giling/cili kisar secukupnya. Tumis lagi hingga garing. Masukkan madu dan sedikit garam. Kacau sebati.

Masukkan kacang tanah dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan cornflake. Gaul-gaulkan hingga rata. Jika kurang manis atau minyak, tambahkan mentega dan madu. Gorenglah hingga garing keemasan. Tutupkan api.

Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C-180C. Sediakan dulang pembakar, taburkan cornflake tadi di atasnya. Ratakan. Kemudian bakarlah selama 5-7 minit atau sehingga garing keemasan. Jangan sampai hangus. Keluarkan dari oven, dan sejukkan sebentar sebelum disimpan di dalam balang.

 Kaedah bakar akan menjadikan cornflake ini semakin rangup dan bertahan lama. Selamat mencuba!




Kalau dah start makan memang susah nak berhenti........

Photobucket

09 August 2012

25 July 2012

04 July 2012

Puding Roti Marble Coklat

Assalamualaikum... Daripada tengok roti gardenia tu terbuang je, lebih baik buat puding je. Lagipun tengok stok serbuk agar2 ada dalam peti ais. Puding ni memang sedap rasanya, lagipun dah ramai mencubanya.

 RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
 source : hanamemories 

Bahan-bahan 
4 keping roti 
2 biji telur
 1/2 cawan susu pekat 
170ml susu cair 
10gram serbuk agar2 @ sepeket
 1/2 cawan gula - bleh kurangkan 
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml 
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
 emulco strawberry - ira tambah

Cara-cara Didihkan
 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk. 
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). 
Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. 
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
 Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut). 
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. 
ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. 
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. 
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
 Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™