IKLAN

27 June 2013

Puding Jagung

Salam Kembali...

Menu ringkas untuk anak-anak breakfast pagi ni. Itu pun buat malam tadi. lagipun tak delah susah sangat nak buat. Cuma tiap kali buat puding ni  iera buat ikut resepi ni je. Senang sangat....




Bahan-Bahan
- Krim Jagung ( ayam brand)
- 1 cawan gula
- 1 cawan tepung kastard
- 4 cawan santan
- sedikit garam

Cara-cara
- Campurkan semua & kacau sehingga sebati
- Panaskan atas dapur hingga likat
- Masukkan dalam loyang & sejukkan.
 * Mudah kan!!!
Photobucket

26 June 2013

Teratak Cassia : Intech Kitchen

Salam Kembali..

Sebenarnya progress teratak cassia agak lambat sikit berjalan kerana kami tidak lakukan sekali gus. Lagipun kami tak delah terburu-buru untuk pindah dalam masa terdekat. Terapat banyak faktor2 semasa yang harus difikirkan sebelum berpindah. Kena fikirkan sekolah2 anak, pertukaran suami isteri dan kekangan budget dan macam2 lagi. Walau bagaimanapun, pencarian kabinet dapur tetap diteruskan. Ada juga iera hantar email untuk minta quotation dan ada juga survey2 showroom dekat2 sini & minta quotation.

Salah satunya iera singgah di Intech Kitchen kat Kajang. Iera dapat tahu company ni pun dari blog kawan2 juga. Oleh kerana ramai kawan2 memberi feedback yang positif lagilah iera teruja nak pergi. Matlamat asal hanyalah nak dapatkan quotation untuk melamine je berdasaarkan budget yang dibuat. Tapi bila pergi ke sana, macam2 jenis ada ( 3G & 4G ). Jadi tiba-tiba je hati ni dah mula berubah lagipun HB tak kisah je maklumlah kawasan dapur adalah milik iera...hihihihi.

jenis 4G


Jenis 4G Hitam Putih  (cantik giler ni)

Jenis Melamine

Kami minta quatation harga untuk ketiga2 material ni tapi rasanya iera dah jatuh hati betul dengan KC jenis 4G ni dan harganya memang berpatutan. Walau bagaimana pun, kami tak delah book terus dengan dia orang ni sebab kena balik berbincang dulu & kira balik budget asal yang telah dibuat. Lagipun kami juga minta quotation untuk wardrobe tapi harganya agak mahal sikit kerana kami bercadang untuk pasang wardrobe juga.



Photobucket

20 June 2013

19 June 2013

Bihun Goreng Tomyam Simple

Assalamualaikum....

Pagi ni iera cuma masak ini je untuk anak-anak lunch balik sekolah nanti. Sekali sekala apa salahnya tukar selera, tentu dia orang pun boring asyik makan nasi je. Sebenarnya iera dah banyak kali goreng bihun macam ni. Macam kena je dengan selera anak-anak. Sebelum ini iera asyik goreng bihun putih je (ala2 singapore) sebab afaf & adam memang tak makan kalau goreng ada warna tapi abang2 dah boring asyik goreng macam tu je. Pertama kali goreng ikut resepi ni memang sedap malah simple je bahan-bahannya. Terima kasih kepada tuan punya resepi dan iera copy resepi ni dari Blog Simply Mama. ... 

 

BAHAN :

1 bungkus Bihun - rendam, bila lembut, toskan 
300gm udang - ganti chicken ball
200gm isi ayam 
3 ulas bawang putih - diketuk 
5 ulas bawang merah - dikisar 
2 batang serai - diketuk sedikit 
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr) ~ i guna pes tomyam - guna kuib tomyam
cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas - tak letak
5 s/b cili mesin 
1 biji telur ~ i xletak - iera letak
3 helai daun limau purut - dicarik2kan 
Kobis - di potong pjg (halus) - sayur campur
Carrot - dipotong pjg (spt btg mancis) 
2 biji tomato - dihiris nipis2 - tak de
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air 
Daun saderi ~ i xletak- sama

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam dan cili mesin. Goreng sehingga pecah minyak. Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur. Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong). Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan. Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang). Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus



Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™