IKLAN

25 July 2012

04 July 2012

Puding Roti Marble Coklat

Assalamualaikum... Daripada tengok roti gardenia tu terbuang je, lebih baik buat puding je. Lagipun tengok stok serbuk agar2 ada dalam peti ais. Puding ni memang sedap rasanya, lagipun dah ramai mencubanya.

 RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
 source : hanamemories 

Bahan-bahan 
4 keping roti 
2 biji telur
 1/2 cawan susu pekat 
170ml susu cair 
10gram serbuk agar2 @ sepeket
 1/2 cawan gula - bleh kurangkan 
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml 
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
 emulco strawberry - ira tambah

Cara-cara Didihkan
 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk. 
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). 
Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. 
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
 Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut). 
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. 
ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. 
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. 
Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
 Photobucket

Floor Plan Teratak Iera

Salam petang.... Di sini iera nak kongsi floor plan rumah kita orang. Walaupun kat plan tu dah ada design dia orang, iera masih lagi tengah tercari-cari idea macamana nak design rumah kita orang nanti. Orang perempuan katakan, banyak kerenahnya...

Photobucket

03 July 2012

Cucur Udang Ranggup


Salam buat semua... Kalau dapur kita berasap tu, tandanya kita teringin nak makanlah tu. Kalau beli memang tak puas makan. Maklumlah sebiji lebih kurang 50 sen tapi kalau nak makan seorang, lebih baik beli je. Melainkan nak makan sekeluarga lebih baik buat, betul tak. Teringin nak makan cucur udang yang ranggup gitu. Apa lagi, taip je kat google macam2 resepi keluar. Tapi ira cuba resepi Dari Dapur MadiHaa. Walaupun ira buat simple tapi tetap ranggup. Thanks ye kak..


Cucur Udang Rangup 

Bahan2 
3 ½ cawan tepong gandum* 
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum) 
 2 cawan isi udang 
3 cawan air sejuk 
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam) – tak letak
 1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos – tak letak ¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos – ganti karot & kankung
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
 ½ sudu kecil kunyit serbuk 
1 biji telur 
Minyak untuk menggoreng 

Cara2 Menyediakan 
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur. 
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata. 
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana. 
4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
 5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah. 
6. Bila dah garing, angkat & toskan. 
7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya. (MaDiHaA hidang dengan sos cili lebihan nasi ayam yang dibuat sebelumnya) –cicah dgn kuah pecal
 Photobucket

02 July 2012

Pizza Sosej BlackPaper


Assalamualaikum.. Kalau dah terlebih rajin memang tak boleh nak cakap apa, maklumlah dah lama betul BM kita tu tak beroperasi.Bukan susah pun, cuma campak-campak je. Sebenarnya dah banyak kali iera resepi roti guna doh  ni. Tak kiralah buat pizza ke, roti ke, iera memang suka ikut resepi ni. Nantilah, lain kali kita try resepi lain pulak. Kalau bab topping tu, iera letak sosej je. Terpulang kepada stok yang ada cuma kali ni iera tambah sos black paper kimball je. Memang sedap rasanya......



Doh Roti * ikut resepi doh je

Bahan-bahan

500g tpg roti@tpg high protien
220ml air - hana masukkan skit2.
75g butter
100g gula
1 biji telur
1/4 camca pes 3+1 (nnti k.asma tunjukkan pes tuh tp hana xdok ganti shortening)
1 camca bread softener
1 camca garam
4 sudu susu tpg
1 paket mauripan (11gram)

Cara-cara
  1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.jika xde BM, uli seperti biasa.
  2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
  3. Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Lipat ke atas dan ke dalam bahagian tepi seperti gambar disebelah (rujuk my.resipi) . Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda
  4. Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  5. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.

Lebihan Doh tadi, iera buat ni untuk anak-anak breakfast
Photobucket

01 July 2012

Donut Mayo


Salam Kembali.. Dah lama betul rasanya tak men'donut ni. Satu masa dulu, kita ni agak rajin juga tapi sejak ada virus malas ni menular, kita asyik beli yang frozen je. Tak tahu kenapa malam tadi terlebih rajin pulak. Mungkin sebab tengahari tadi kita orang lunch kat luar, so takkan makan malam kat luar lagi. Alamat botak le kepala kita orang ni. Bila dibelek2 koleksi resepi yg tersimpan, banyak sungguh resepi donut yang kita ada. Macam tak percaya pulak yang kita dah try kesemua resepi yang ada tu. Resepi Donut mayo ni dah banyak kali juga iera buat. Memang sedap & gebu rasanya. Terima kasih kepada puan punya resepi.


DONUT MAYO

Bahan-bahannya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis (ros guna mayonis kimball,Ana guna Jasma Mayonis)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.

CARA-CARA :

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Untuk Frozen
 Photobucket

Rumah PertamaKu



Salam buat semua...

Betul cakap orang, kalau tak beli rumah sekarang harganya makin lama makin naik. Walaupun gaji naik ciput je, tapi harga rumah sentiasa melambung tinggi. Kat tengah KL ni, manalah nak dapat rumah teres dua tinggkat. Kalau ada pun semuanya  banglo 3 tingkat dan harganya mestilah dekat2 dgn juta. Orang macam iera ni manalah mampu nak bermimpi semua tu apatah lagi untuk memilikinya. 

Sebenarnya dah lama kami servay untuk mencari rumah pertama kami. Teringin rasanya untuk memiliki rumah atas tanah. Rasanya dah jemu dok tinggi-tinggi ni. Teringin juga memiliki taman sendiri dan parking kereta depan rumah. Tapi mana nak cari kat KL ni, kalau adapun semuanya kondominium. Jadi terpaksalah  cari di ceruk-ceruk KL & Shah Alam.  Walaupun terletak kat ceruk, harganya boleh tahan juga. Tersedu juga kami dibuatnya. Malalah nak cari rumah macam ni  sekitar harga RM250k, dapat ke?

Setelah penat mencari, kami telah ambil keputusan untuk memiliki yang ini . Walau pun agak jauh dengan tempat kerja kami, hanya ini yang kami mampu. Mungkin bila siap nanti, bolehlah kami buat permohonan pindah tempat kerja.








Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™