Salam buat semua... Kalau dapur kita berasap tu, tandanya kita teringin nak makanlah tu. Kalau beli memang tak puas makan. Maklumlah sebiji lebih kurang 50 sen tapi kalau nak makan seorang, lebih baik beli je. Melainkan nak makan sekeluarga lebih baik buat, betul tak. Teringin nak makan cucur udang yang ranggup gitu. Apa lagi, taip je kat google macam2 resepi keluar. Tapi ira cuba resepi Dari Dapur MadiHaa. Walaupun ira buat simple tapi tetap ranggup. Thanks ye kak..
Cucur Udang Rangup
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
3 ½ cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam) – tak letak
1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos – tak letak ¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos – ganti karot & kankung
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos – tak letak ¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos – ganti karot & kankung
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya. (MaDiHaA hidang dengan sos cili lebihan nasi ayam yang dibuat sebelumnya) –cicah dgn kuah pecal
1 comment:
Post a Comment