IKLAN

29 October 2012

Spegeti Ayam & Udang

Assalamualaikum... 

Banyak ke dapat daging korban? Nampak gayanya minggu ni mesti resepi daging je. Iera tahun ni beraya kat sini je (selalunya tiap2 tahun pun) jadi tak delah dapat daging korban. Tapi Ahad lepas, Abang ipar datang dari GM, dapatlah juga merasa daging kambing sebab kat kampung dia orang korban kambing seekor. MAlam tadi jiran pula bagi daging korban dari kampung. Kira rezeki kita oranglah tu.Dapat juga merasa, maklumlah lain rasanya daging korban dengan daging yang kita beli kat pasar. Lain dari segi apa ye????Hihihihihi....

Bukan resepi daging je, cuma masakan yang paling senang je. Daging yang iera terima tu iera simpan je dalam freezer sebab belum sempat nak potong2 lagi. Selalunya hari minggu baru sempat(alasan je tu). Selalunya, kalau buat spegeti iera cuma letak daging/ayam je. Kali ni iera tambah udang pulak, sedaplah pulak. Ada rasa manis-manis gitu, anak-anak pun laju je makan, mungkin kena dengan tekak dia orang kot.

 Photobucket

Auntie Anne's

 Assalamualaikum dan Salam Petang..

Setiap hari kalau tak terjah GROUPON memang tak sah kot-kot ada benda yang berkenan di hati. Orang kata tempat gatal tangan untuk menghabiskan duit tak tentu pasal. Kali ni Iera beli kupon Autie Anne's, itupun sebab tengok outletnya dekat je dengan ofis iera. Kira jimat RM10.00 lah .......



Inilah rupanya benda yang iera tebus tu, besar betul rupa hotdog tu, menyesal pulak beli satu je kupon hari tu. Lagipun kupon tu expired sehingga Januari 2013.
Photobucket

28 October 2012

Kraker Kapit Pisang

Assalamualaikum. 

Selamat pagi semua... ada yang belum masuk kerja ke atau masih lagi kat kampung atau masih lagi tersangkut kat jalan. Apa pun Iera doakan semuanya selamat sampai ke rumah masing-masing. Biar lambat asalkan selamat. 


Macam tak percaya pulak biskut pun boleh di goreng tapi itulah hakikatnya Kalau dulu tak percaya pasal ais krim boleh digoreng tapi bila tengok caranya baru tahu rupanya. Dah lama nak cuba resepi ni dari Dapur Rahel. Niat asal beli biskut kraker ni nak buat bingka kraker tapi sampai ke sudah tak buat. Bila tengok resepi ni macam senang je, lebih baik cuba yang ni dulu cuma kena tunggu hubby belikan pisang je. 


Memang tak menyesal mencubanya, ternyata sedap. Terima kasih kepada tuan punya resepi, minta izin CNP resepi kat sini ye..

Kraker Kapit Pisang
Sumber Resepi:Sedap

Bahan-bahan:
28 keping biskut kraker
Minyak untuk menggoreng

Bahan inti:

2 sudu makan marjerin
2 ulas (250g) pisang tanduk,dipotong dadu---->i guna pisang emas
3 sudu makan gula merah---->i guna brown sugar
1 sudu teh serbuk kayu manis
4 sudu teh bijan---->yang ni i tak letak pun
4 sudu makan tepung gandum dan
4 sudu makan air,larutkan utk memekatkan

Bahan Pencelup (kacau rata):
100g tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 biji telur
150ml air
1 sudu makan gula tepung
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya:
1.Untuk intinya,panaskan marjerin.Masukkan pisang,gula merah,serbuk kayu manis dan bijan. Kacau rata sehingga pisang layu.
2.Masukkan larutan tepung gandum dan masak sehingga pekat.
3.Sapukan di atas biskut kraker.Tutup dengan biskut kraker yang lain pula.
4.Celupkan ke dalam bahan pencelup.
5.Goreng sehingga masak dalam minyak yang penuh.
Photobucket

24 October 2012

Cornflake Madu

Assalamualaikum.... 

Hari ni dah ramai ke yang bercuti atau dah sampai kat kampung pun. Bestnya dapat beraya kat kampung. Iera tahun ni beraya kat sini jelah, malah hari ni siap datang kerja lagi. Saja tak nak ambil cuti manalah tahu kot-kot bos bagi haft day hari ni. 


Antara cookies yang paling senang dan mudah nak disediakan. Tak payah nak susahkan diri buat cookies yang susah. Lagipun anak-anak boleh je tolong siapkan cuma iera kacau je atas dapur. Yang lain anak-anak yang sudahkan. Sambil masukkan dalam cup sambil masuk mulut juga....

CORNFLAKES MADU COKLAT CHIPS
Sumber : Hanieliza's Cooking

Bahan A
150 gm butter
120 gm gula kastor
8 s/b madu

Bahan B
250 gm cornflakes [ramaskan sikit]
100 gm coklat chips - tak letak
100 gm badam cincang panggang
Hiasan paper cup kecil
coloring rice atau coklat rice

Cara
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
2. Masukkan Bahan B dan gaulkan rata.
3. Sudukan dalam paper-cup kecil.
4. Hiaskan dengan coloring rice/coklat rice
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
 Photobucket

23 October 2012

SABA RESTAURANT

Assalamualaikum... 

Agak lewat sikit bersiaran hari ni, kalut semacam je iera kat ofis pagi ni. Kejap nak buat itu dan ini. Tengok-tengok jam dah dekat pukul sebelas. Kejap je masa berlalu... Okeylah, berbalik dengan menu kali ni, iera minta Hubby belikan nasi arab untuk dinner. Kebetulan waktu tu hubby pergi setiawangsa, alang2 tu suruhlah beli nasi arab kat Saba Restaurant. Iera pernah try sekali nasi arab tu ketika kawan ofis bagi, sedap juga. Lebih2 lagi harganya tak delah mahal sangat jika dibandingkan dengan restoran2 arab yang pernah kita orang try. 

RM17.00 X 2 = RM34.00 + Tax

Saiz besar ni, sesuai utk makan 3-4 orang.

Rupa ayam setelah dibuka


Yang ni pun saiz besar juga, kesudahanya dua bungkus tu tak habis pun sebab banyak sangat. Siap kita orang bawa bekal gi ofis lagi utk breakfast.
Photobucket

22 October 2012

Goodie Bag Birthday Adam

Assalamualaikum... 

Baru-baru ni, iera bertungkus lumus menyediakan goodie bag birthday Adam untuk diberikan pada kawan-kawan di Taski semalam. Bunyinya macam banyakkan pada hal lebih kurang 150 goodie bag je. Oleh kerana taskinya ramai sangat so budgetnya kecillah sikit. Itupun sebab iera nak bagi semua anak2 taski kat situ. Cikgu kat situ cakap, terpulang nak bagi ikut kelas ke, ikut tahun ke atau semua. Oleh itu, iera ambil keputusan nak bagi semua taski 5 & 6 tahun termasuk anak2 tadika sekali. Biar semuanya dapat..... 


Goodie Bag yang dah siap, itu pun dia orang yang isikan....

Antara bahan2 yang disediakan...


Tangan yang tak berapa nak kreatif

Antara isi didalamnya

Kek yang tak berapa nak menjadi, meleleh toppingnya....huhuhuhu
Photobucket

18 October 2012

Hadiah Lagi... Thanks

Suka sangat dapat hadiah ni dari Mak Affaf

Langkawi

Australia

Holland

Singapore
Photobucket

RM5.00 Tahun 1971


Ada sesiapa pernah tengok tak? saya pun baru pertama kali tengok....
Photobucket

17 October 2012

Gulai Lemak Ikan Keli Salai

Assalamualaikum & Salam kembali lagi....

Senyap tidak bererti menghilang cuma tidak berkesempatan nak menjenguk kat sini. Kalau diikutkan hati memang banyak dengan berkongsi cerita di sini. Cuma aktiviti masak-memasak je agak kurang akhir-akhir ini. Akan di cuba membangkitkan semangat yang suatu ketika dulu yang asyik bersila je kat dapur.

Okeylah, berbalik cerita Dapur Berasap kali ni, iera kongsikan satu resepi yang teramat senang tapi itu pun kena copy kat internet gak. Maklumlah tukang masak zaman moden katakan..... Sebenarnya ikan keli ni pemberian jiran. Tiga ekor semuanya & besar2 pulak tu. Memang terkejut sakan tengok ikan keli tu tapi mujurlah dia bagi yang dah siang. Kalau belum, alamak iera bagi kat jiran lainlah pulak......




 resipi by: Anymz@mykitchen 

Bahan2 
3 ekor ikan sembilang/3 keping ikan tenggiri-di bersihkan di lumur dgn garam dan kunyit dan kemudian di salai atas bara atau masukan sebentar ke dalam oven - 3 ekor ikan keli 
segenggam cili api (boleh kurangkan kalau takmo pedas)-di kisar - tumbuk 
sedikit kunyit hidup-di kisar bersama cili padi - tumbuk 
1 paket rebung-di toskan airnya - tak letak 
4 cawan santan pekat + 1 cawan air 

Cara 
jerang santan bersama cili api dan rebung kacau hingga mendidih didihkan hingga keluar sedikit minyak masukan ikan yang sudah siap di salai dan di kerat tiga. gaul rata dan kacau perlahan agak2 dlm 5 min. tutup api dan sedia untuk di hidangkan.
 Photobucket

07 October 2012

Cekodok Pisang Gebu

Assalamualaikum.... 

Dah sarapan ke semua???? Iera baru je sarapan dengan kawan-kawan kat ofis. Tapi bukan sarapan dengan cekodok ni tau....tak kenyang makan ni untuk isi perut sampai tengahari. Kalau sekadar nak mengunyah boleh le.

Cekodok pisang ni iera cedok resepi dari Dapur Mat Gebu. Jangan pulak nak kata, buat cekodok pun kena google resepi kat internet. Takkan itu pun tak reti..... Bukan tak reti cuma nak pelbagaikan rasa je. Selalunya iera main campak-campak je tapi kali ni nak try ikut resepi je. Apa pun resepi memang sedap sebab sekali hidang terus habis. Minta izin tuan punya resepi untuk CNP kat sini ye... 


BAHAN-BAHANNYA :-) 
8 biji pisang emas 
3/4 camca teh soda bicarbonat
 1 camca besar gula peerang @ 1/3 camca besar gula halus
 1 cawan tepung gandum (haha sori tertinggal..tadi)
 1/4 camca teh garam halus 
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-) 
Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarbonate hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 30 minit. Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dalam air, jemput kan adunan tadi ke dalam minyak panas, pastikan jangan banyak2, mat buat dalam 10 biji macam tu, sebab ianya akan kembang. Tapi ini bergantung pasa saiz kuali yang anda gunakan. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...

 Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™