IKLAN

22 August 2013

Persinggahan Di Beserah Kuantan


Salam....

Akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju iaitu De Rhu Beach Resort Kuantan . Pada mulanya, kami merancang untuk transit di Hotel Seri Malaysia Kuantan je. Entah macam mana HB boleh terjumpa tempat ini & cadangkan agar kita orang transit sini jer. Bagi iera ok jer asalkan ada kolam besar dan sesuai  untuk anak-anak. 

Macam biasalah, tiap kali masuk bilik dia orang mesti check lampu dulu...




Taman permainan yang besar





 Memang besar giler kolam kat sini. Cakap jer nak terjun kolam berapa kaki, semuanya ada. Boleh dikatakan semua peringkat umur boleh mandi kat sini. Kat sini, bukan penginap resort juga boleh mandi, orang luar juga boleh tapi kena bayarlah. Pantai kat sini pun  ok tapi kami tak delah mandi kat pantai sekadar bermain pantai jer. Mereka lebih seronok main kolam dari main pantai..



Sebelum bertolak ke kuala lumpur, kami singgah sekejap di Tanjung Lumpur. Sebenarnya malam tadi memang kami merancang untuk ke sini untuk makan ikan bakar tapi semuanya sudah kepenatan selepas mandi kolam. Macam biasalah bila ke sini, mestilah mencari keropok lekor & satar. Kami singgah di buah gerai yang bersebelahan balai polis tapi tak perasan pulak apa nama balai polis tu. Kita orang singgah sini sebab tengok banyak kereta singgah sini so kami pun singgah jugalah. Kat gerai ni, macam2 ada sama ada nasi, kuih muih & goreng2 (ikan, udang, sotong) keropok lekor, otak2  dan yang pentingnya satar. Satar kat sini memang sedap jika dibandingkan yang kami beli semalam kat kemaman. Memang tak menyesallah singgah sini. Setelah kekenyangan di sini, kami pun berangkat pulang ke kuala lumpur.


Photobucket

20 August 2013

Persinggahan Ke Kuala Terengganu - Part 2

 Salam kembali....

Keesokkan paginya, kami memang merancang nak cari kedai  nasi dagang terengganu yang sedap. Orang cakap kalau tak makan nasi dagang ganu memang tak sah. Pada hal hari raya hari tu, dua hari berturut2 kami makan nasi dagang. Malam tu, memang kami dah cari di google kat mana yang sedap. Kebanyakkan semuanya tunjuk kedai Kak Pah di Medan Selera Pantai Batu Buruk. Tapi bila kami tanya orang2 kat situ, dia orang syorkan pergi di warung di belakang sekolah agama ladang. Macamlah kita orang tahu kat mana sekolah tu.





Tapi agak menyedihkan, kedai ni masih lagi tutup pada hari kami pergi tu. Pada mulanya kami agak was2 juga sama ada tutup atau belum buka lagi. Maklumlah kami pergi lebih kurang pukul 8.00 pagi, takkan belum buka lagi. Oleh kerana kami masih belum putus asa, kami bercadang nak cari warung nasi dagang dekat sekolah agama ladang tu. Kami pun pusing balik ke parking hotel untuk bertanya dengan pakcik yang jaga parking kat situ, di mana sekolah agama ladang tu. Rupanya tak delah jauh sangat dari hotel tu. Warungnya tak delah besar sangat, macan gerai makan kat kampung2 kita tu je. Kat situ bukan ke nasi dagang je ada, nasi minyak & nasi lemak sambal ikan aya pun ada. Kalau tak nak makan nasi, roti canai pun ada. Alang2 dah datang, iera siap beli nasi dagang & nasi lemak lagi. Yang special nya, sambal untuk nasi lemak bukan sambal ikan bilis tau, sambal ikan aya. Roti canai pun bungkus gak.... tamak betul!! Maaf ye tak dapat nak ambil gambar kedai tu.... malu orang ramai.


Walaupun kami dah siap beli bungkus nasi dagang, kami tetap turun breakfast kat cafe di hotel. Pada mulanya kami tak bercadang nak turun breakfast. Maklumlah untuk breakfast dia orang caj untuk kanak2 rm14.50 untuk 4 tahun ke atas. Aduh, 4 orang dah berapa..lebih baik beli bungkus  je. Bukan kedekut tapi macam tak berbaloi pulak. Abang-abangnya oklah, bolehlah iera paksa makan banyak2 tapi Adam & Affaf tu bukannya makan banyak sangat. Setakat cornflakes semangkuk, bolehlah. Disebabkan Adam sibuk dok bising2 nak makan kat hotel, kesianlah pulak. HB cakap tak pelah, bukannya selalu pun. So kami pergilah BF kat cafe tu. Lega rasanya bila cashier tu caj untuk 2 orang je, dia orang cakap caj ikut saiz kanak2 tu besar mana. Mana taknya, adam dan affah tu saiz lebih kurang je....

Nasi dagang kat hotel ni pun tak de kurangnya juga, sedap! tapi bagi kita oranglah. Bagi orang ganu tak tahulah. Terkejut iera tengok lauk ikan aya yang HB ambil, besar betul! katanya dia nak ratah sepuasnya sebab tadi beli bungkus ikannya lebih kurang sebesar jari je.




Pertandingan istana pasir di antara dua kumpulan....

Diketuai oleh Abahnya...

Diketuai oleh Umminya...



Dah siap main pasir dan mandi kolam, masing-masing sudah kelaparan pulak. Pada hal tadi baru je breakfast. Mujurlah ada nasi yang kami bungkus tadi. Inilah nasi dagang yang kami beli tadi. Rasanya harga sebungkus lebih kurang RM2 kot sebab tadi lupa nak tanya. Yang pasti kepala ikan aya tu RM5, rasa macam mahal jer sebab bukannya besar sangat @ memang macam tu harganya. Kalau kat rumah hari tu, iera tak makan pun kepala ikan ni. Tapi kat sini siap beli lagi sebab kita orang tengok orang lain beli gak.... so kami pun beli gaklah. 


Selepas check out, kami singgah sebentar untuk membeli keropok lekor & satar  di kemaman. Kat sini, berderet-deret kedai menjual keropok lekor tapi jangan tanya iera yang mana satu kedai yang sedap. Iera sendiri pun tak tahu sebab tiap kali kami berhenti kat sini, asyik kedai lain jer kami singgah. Selepas itu, kami teruskan perjalanan ke Beserah, Kuantan.

Photobucket

19 August 2013

Persinggahan Ke Kuala Terengganu - Part 1

Salam buat semua...

Tahun ni balik raya memang tak de stress kerana tidak mengharungi jalan yang jem sepanjang perjalanan balik kampung. Sama ada waktu balik kampung ataupun datang kuala lumpur. Mungkin disebabkan cuti sekolah agak panjang. Sebelum cuti lagi, kami memang dah rancang untuk singgah di terengganu & kuantan apabila nak balik KL nanti. Lagipun, waktu cuti sekolah hari tu kami memang tak berkesempatan nak bawa anak-anak berjalan-jalan. 

Kami bertolak dari Kota Bharu lebih kurang 10.30 pagi melalui jalan Pulau Melaka untuk menuju ke tok bali, sambil2 tu pusing2 sekejap di kawasan  rumah Tok Guru  untuk ditunjukkan kepada anak-anak. Tapi waktu tu tak sempat nak ambil gambar kawasan tu, maklumlah ada orang....malulah pulak. Kami tiba di Kuala Terengganu lebih kurang pukul 1 lebih. Di Kuala Terengganu, kami check in di Primula Beach Resort.




 Pemandangan dari pantai

Nama je hotel ni sebelah pantai tapi tidak dibenarkan mandi kerana dikatakan bahaya. Iera kalau bunyi bahaya, nak bagi anak dekat pun tak berani. So petang tu anak2 hanya dibenarkan lihat dari jauh je....




keluasan bilik yang agak selesa

 view dari bilik


Bila dah check in, anak-anak memang dah tak sabar nak mandi kolam. kalau nak tahu, itulah tujuan sebenar kami check in kat sini. Waktu iera google kat internet hotel mana yang kolamnya agak besar & sesuai untuk budak2, iera tengok hotel ni je yang menarik kolamnya & agak besar. Kalau diikutkan rate hotelnya, boleh tahan juga tapi nak buat macam mana. Kawasan kolamnya memang besar tapi airnya agak dalam sikit untuk budak2 bawah 5 tahun. Affaf takut2 je nak turun sebab dalamnya sampai ke leher. Asyik suruh dukung je masa duk dalam kolam.


Sebelah malamnya kami hanya ronda-ronda di bandar kuala terengganu je. Dua tiga kali kami pusing di kawasan pasar payang, ramai betul orang jual buah durian kat situ. Affaf pulak sibuk dok minta nak makan durian, terpaksalah kami singgah dan makan durian kat situ.


Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™