Salam....
Akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang dituju iaitu De Rhu Beach Resort Kuantan . Pada mulanya, kami merancang untuk transit di Hotel Seri Malaysia Kuantan je. Entah macam mana HB boleh terjumpa tempat ini & cadangkan agar kita orang transit sini jer. Bagi iera ok jer asalkan ada kolam besar dan sesuai untuk anak-anak.
Macam biasalah, tiap kali masuk bilik dia orang mesti check lampu dulu...
Taman permainan yang besar
Memang besar giler kolam kat sini. Cakap jer nak terjun kolam berapa kaki, semuanya ada. Boleh dikatakan semua peringkat umur boleh mandi kat sini. Kat sini, bukan penginap resort juga boleh mandi, orang luar juga boleh tapi kena bayarlah. Pantai kat sini pun ok tapi kami tak delah mandi kat pantai sekadar bermain pantai jer. Mereka lebih seronok main kolam dari main pantai..
Sebelum bertolak ke kuala lumpur, kami singgah sekejap di Tanjung Lumpur. Sebenarnya malam tadi memang kami merancang untuk ke sini untuk makan ikan bakar tapi semuanya sudah kepenatan selepas mandi kolam. Macam biasalah bila ke sini, mestilah mencari keropok lekor & satar. Kami singgah di buah gerai yang bersebelahan balai polis tapi tak perasan pulak apa nama balai polis tu. Kita orang singgah sini sebab tengok banyak kereta singgah sini so kami pun singgah jugalah. Kat gerai ni, macam2 ada sama ada nasi, kuih muih & goreng2 (ikan, udang, sotong) keropok lekor, otak2 dan yang pentingnya satar. Satar kat sini memang sedap jika dibandingkan yang kami beli semalam kat kemaman. Memang tak menyesallah singgah sini. Setelah kekenyangan di sini, kami pun berangkat pulang ke kuala lumpur.
1 comment:
Salam kak ira.. bestnyer berholiday.. tun xpenah ronda2 beserah, biasa lalu je.
Post a Comment