IKLAN

19 August 2013

Persinggahan Ke Kuala Terengganu - Part 1

Salam buat semua...

Tahun ni balik raya memang tak de stress kerana tidak mengharungi jalan yang jem sepanjang perjalanan balik kampung. Sama ada waktu balik kampung ataupun datang kuala lumpur. Mungkin disebabkan cuti sekolah agak panjang. Sebelum cuti lagi, kami memang dah rancang untuk singgah di terengganu & kuantan apabila nak balik KL nanti. Lagipun, waktu cuti sekolah hari tu kami memang tak berkesempatan nak bawa anak-anak berjalan-jalan. 

Kami bertolak dari Kota Bharu lebih kurang 10.30 pagi melalui jalan Pulau Melaka untuk menuju ke tok bali, sambil2 tu pusing2 sekejap di kawasan  rumah Tok Guru  untuk ditunjukkan kepada anak-anak. Tapi waktu tu tak sempat nak ambil gambar kawasan tu, maklumlah ada orang....malulah pulak. Kami tiba di Kuala Terengganu lebih kurang pukul 1 lebih. Di Kuala Terengganu, kami check in di Primula Beach Resort.




 Pemandangan dari pantai

Nama je hotel ni sebelah pantai tapi tidak dibenarkan mandi kerana dikatakan bahaya. Iera kalau bunyi bahaya, nak bagi anak dekat pun tak berani. So petang tu anak2 hanya dibenarkan lihat dari jauh je....




keluasan bilik yang agak selesa

 view dari bilik


Bila dah check in, anak-anak memang dah tak sabar nak mandi kolam. kalau nak tahu, itulah tujuan sebenar kami check in kat sini. Waktu iera google kat internet hotel mana yang kolamnya agak besar & sesuai untuk budak2, iera tengok hotel ni je yang menarik kolamnya & agak besar. Kalau diikutkan rate hotelnya, boleh tahan juga tapi nak buat macam mana. Kawasan kolamnya memang besar tapi airnya agak dalam sikit untuk budak2 bawah 5 tahun. Affaf takut2 je nak turun sebab dalamnya sampai ke leher. Asyik suruh dukung je masa duk dalam kolam.


Sebelah malamnya kami hanya ronda-ronda di bandar kuala terengganu je. Dua tiga kali kami pusing di kawasan pasar payang, ramai betul orang jual buah durian kat situ. Affaf pulak sibuk dok minta nak makan durian, terpaksalah kami singgah dan makan durian kat situ.


Photobucket

1 comment:

Liza said...

salam lebaran iera...akk pun balik dr kb hari tu singgah kat kuantan jugak...saja bawak anak jalan2...ihihi

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™