18 July 2013
Puding Karamel Yang Sedap
Petang-petang ni kalau terpandang mesti terliur dibuatnya kan? tak payah cakap orang lain, iera tengok pun terliur juga tapi minta maaf banyak-banyaklah ye, dah habis pun semalam. Baru hari ni berkesempatan nak kongsi kat sini. Puding ni teramatlah sedap bagi iera. Terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi kongsi resepi yang sedap ini. Minta izin CNP resepi kat sini ye...
Puding Karamel
Oleh
: Azie Kitchen
Untuk
20 bekas
1
tin susu pekat manis (kurangkan jika tidak suka manis) – iera kurangkan
1
tin susu cair
1
tin air
5-6
telur – buang mata - 6 biji gred b
Esen
Vanila
1 ½ cawan
gula pasir
3
cawan air
Cara-caranya:
Goreng gula hingga perang. Bila gula
bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus
menjadi cair semula
Tutup api dan biarkan sejuk sebelum
disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil
Telur dibuang mata dan dipukul
tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati
Tuang ke dalam bekas kecil yang
telah diisi dengan air gula hangus
Panaskan periuk pengukus sehingga
air mendidih. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak. Sentiasa di lap
penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik
17 July 2013
Telekung Baru Buat Affaf
Assalamualaikum...
Telekung ni iera tempah khas dari blogrimbun. Terima kasih kepada puan mila kerana dapat siapkan telekung yang iera tempah seperti yang dijanjikan. Jadi bolehlah affaf pakai untuk gi solat terawih nanti, maklumlah telekung yang lama tu dah agak sikat.
Kepada sesiapa yang ingin menempah telekung untuk anak-anak perempaun, jangan lupa singgah kat blogrimbun, memang cantik dan kemas jahitannya. Saiz mukanya memang ikut ukuran dan tak perlu pakai anak tudung. Apa yang best, kita diberi pilihan untuk jenis & design kain yang kita suka...
12 July 2013
Teratak Cassia : Cat Atau Wallpaper?
Salam Kembali...
Dah lama tak kongsi cerita pasal teratak cassia, maklumlah agak slow sikit progressnya. Perancangan sebenar nak siapkan table top & tile untuk porch dulu tapi bila tengok defect yang agak teruk di bahagian porch memang sakit hati rasanya. Agak teruk juga tanah mendap di kawasan tu. Dia orang cadangkan, kalau nak buat apa2 renovation elok buat tahun depan. Takut kalau dah buat akan ada crack nanti. Bila iera tengok rumah orang lain cantik2 je renovation, mestilah semangat iera ni berkobar2 tapi bila memikirkan pasal defect tu, risau juga.
Sementara tak buat apa-apa kat teratak tu, iera lebih banyak berangan dari realiti...hehehee. Samada nak pasang wallpaper atau cat je kat dinding tu. Kalau diikutkan budget awal tu, kita orang nak cat je tapi kalau ikutkan hati teringin nak pasang wallpaper tapi manalah mampu...
Baru-baru ini iera jumpa satu company yang cat dinding sebiji macam wallpaper. Macam tak percaya pulak. Kalau tak percaya boleh jenguk kat FB ini. Setiap hari cuci mata kat sini.... tak sabar rasanya nak ajak hubby pergi ke kedainya kat gombak, dekat je dengan rumah iera..
Dah lama tak kongsi cerita pasal teratak cassia, maklumlah agak slow sikit progressnya. Perancangan sebenar nak siapkan table top & tile untuk porch dulu tapi bila tengok defect yang agak teruk di bahagian porch memang sakit hati rasanya. Agak teruk juga tanah mendap di kawasan tu. Dia orang cadangkan, kalau nak buat apa2 renovation elok buat tahun depan. Takut kalau dah buat akan ada crack nanti. Bila iera tengok rumah orang lain cantik2 je renovation, mestilah semangat iera ni berkobar2 tapi bila memikirkan pasal defect tu, risau juga.
Sementara tak buat apa-apa kat teratak tu, iera lebih banyak berangan dari realiti...hehehee. Samada nak pasang wallpaper atau cat je kat dinding tu. Kalau diikutkan budget awal tu, kita orang nak cat je tapi kalau ikutkan hati teringin nak pasang wallpaper tapi manalah mampu...
katalog cat
Korea wallpaper - cuci mata je ni
![]() | |||
| Lamex |
















