IKLAN

15 June 2012

Majalah Fesyen Bulan Julai

Salam Kembali... Boleh dikatakan majalah-majalah keluaran Julai semuanya memaparkan fesyen tudung dan baju je. Tak de isu-isu yang menarik untuk dikongsi dikalangan pembaca. Rasa macam tak berbaloi je memilikinya. Iera cuma membacanya di e-browse je. Setakat nak cuci-cuci mata tengok fesyen tudung & baju bolehlah, nak memilikinya memanglah mampu. 



Photobucket

14 June 2012

Bingka Susu

Assalamualaikum & Selamat pagi buat semua......





 Tiba-tiba terasa teringin nak makan kuih bakar. Cubalah godek koleksi resepi lama kot2 ada yang berkenan di hati. Sebenarnya resepi ni dah banyak kalu iera try dan memang tak jemu memakannya. Lagipun adunan ni tak delah banyak sangat. kalau buat setengah adunan pun dah cukup untuk kami sekeluarga. 



Sumber : yatiememories

BAHAN A : -
  • 1 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 50 gm gula pasir (opt)
  • 1 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 biji telur
BAHAN B :-
  • 500 ml air
  • 100 gm mentega / majerin
  • 50 gm tepung kastard
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1/2 sk garam
Cara-cara
  1. Satukan bahan A dan ketepikan
  2. Satukan bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan yang dimasak, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
  5. Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.
  6. Adunan boleh juga dibakar di dalam acuan bahulu pecah lapan.

Photobucket

13 June 2012

KeK pIsAnG


Assalamualaikum...

Antara banyak-banyak resepi kek pisang, resepi ini yang paling Iera suka. Dah banyak kali Iera buat kek ini. Mungkin rasanya agak lembab dan senang nak buat. 



Kek Pisang

 sumber : hanamemories



Bahan-bahan

  • 150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
  • 180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
  • 180g gula halus - klu nk kek kaler keperangan gune gula perang
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • hana tambah susu segar 2 sudu besar dan badam flakes

Cara-cara

  • campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  • masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  • pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.

NOTE: Hana blend pisang+susu dan sedikit gula. baki gula, ovelet dan telur pukul hingga gebu. kemudian masukkan pisang blend td dan juga minyak. pehtu baru masukkan tepung+ b.powder + soda bicarbonat yang telah di ayak. pehtu bakar.... sonang jaa...

  















Photobucket






01 June 2012

Akhirnya Dapat Juga KuMilikinya


 Assalamualaikum....

Akhirnya dapat juga iera memilikinya setelah lama mengindam benda ni. Tiap kali singgah kedai elektrik mesti cari benda ni  tapi tak de. Hajat  di hati nak beli online je kat blog Chef Asma.  Tapi agak mahal juga sebab termasuk  jadi tangguhlah dulu. Iera beli Steamer Trio ni kat Jusco Setiawangsa. Memang dah rancang kalau gi Jusco mesti kena cari benda ni sebab iera tahu kat situ je ada jual.Masa gi tengok, cuma ada satu je stoknya. Apa lagi, terus je kita rembat padahal waktu tu baru je sampai situ. Tak pasal-pasal kena angkut benda ni ulang alik.Hihihihi....

Iera beli Steamer Trio ni dengan harga RM170.05 lepas diskaun. Dapat kupon diskaun lagi tapi entah bila lagi nak gi sana.......
Photobucket

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™