Salam Kembali..
Dah lama betul rasanya tak men'donut ni. Satu masa dulu, kita ni agak rajin juga tapi sejak ada virus malas ni menular, kita asyik beli yang frozen je. Tak tahu kenapa malam tadi terlebih rajin pulak. Mungkin sebab tengahari tadi kita orang lunch kat luar, so takkan makan malam kat luar lagi. Alamat botak le kepala kita orang ni.
Bila dibelek2 koleksi resepi yg tersimpan, banyak sungguh resepi donut yang kita ada. Macam tak percaya pulak yang kita dah try kesemua resepi yang ada tu. Resepi Donut mayo ni dah banyak kali juga iera buat. Memang sedap & gebu rasanya. Terima kasih kepada puan punya resepi.
DONUT MAYO
Sumber : Ros jintanmanis.com
copy: Anna Qawina
Bahan-bahannya
330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis (ros guna mayonis
kimball,Ana guna Jasma Mayonis)
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo
ni nanti.
CARA-CARA :
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM),
masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan
Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan
doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut,
ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas
beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam
bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan
plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh
bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama
6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye,
biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api
sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan,
Selamat Mencuba.
Untuk Frozen |
2 comments:
Post a Comment