IKLAN

12 March 2013

Grill yang menjadi pilihan

Salam buat semua..

Semalam iera ada bercerita pasal grill & awning untuk teratak kami. Keputusan untuk memilih kontraktor mana, iera serahkan bulat-bulat kat HB je, maklumlah dia yang jadi akauntannya. Kalau ikutkan iera, iera nak ambil je kontraktor dekat taman kita orang je. Iera tengok kat taman kita orang, banyak mendapatkan khidmat kontraktor yang sama je. Kita orang adalah survey harga yang kontraktor tu tawarkan berdasarkan design & jenis grill yg kita orang nak tu. So bolehlah bandingkan dengan kontraktor2 lain. Sebelum Tahun Baru Cina yang lepas, HB ada ajak iera pergi tengok contoh grill kat Kajang. Aduh, jauhnya nak gi tengok. Taman kita orang arah lain, kontraktor tu cover tak kawasan kita orang. HB cakap boleh je & tiada extra caj pangangkutan. Kalau macam tu iera ikut je.



 

Bila dah sampai kedai grill yang dimaksudkannya tu, kalau boleh iera memang tak nak turun. Iera bayangkan kedai tu macam kedai pameran. tak delah macam keadaan kat atas tu. HB cakap, kalau nak kenal jenis2 besi untuk grill, kena tengok sendiri. Tapi bagi iera, tak delah nak tengok besi2 tu, cuma nak tengok yang dah siap je. Ni tidak, boleh tengok macamana rupa besi sebatang2.

Mujurlah Cik Ivy tu baik orangnya, lemah lembut percakapannya melayan kita orang. (agak2nya itu pasal HB aku pilih kedai ni).hehehehe....Cik Ivy tu siap terangkan jenis2 besi. Yang mana lebih elok, yang mana lebih mahal. Bagi iera, mestilah nak elok tapi murah. Bila kita orang bagi contoh design nak jenis grill yang nak tu, mak oi...boleh tahan juga harganya. Ingatnya murah je, maklumlah budget kita orang antara lingkungan 2K je. Cik Ivy cakap, kalau guna besi biasa boleh dapat harga lingkungan tu tapi bukan jenis besi kita orang nak.  Baru iera tahu, rupanya besi untuk grill ni banyak jenis. Yang biasa iera dengar wrought iron & besi biasa je. Bila diterangkan oleh cik ivy satu persatu, aku sudah jatuh hati grill jenis powder coated. Rupanya powder coated pun banyak jenis gak, ada yang biasa dan luar biasa. Ada satu tone & 2 tone juga. Jenis yang iera berkenan tu 2 tone so harganya pun 2 tone juga le....

Powder coated warna grey 2 tone...


Contoh grill jiran ni...

Setelah buat temujanji dengan Cik Ivy untuk ambil ukuran grill rumah kita orang, HB cakap warna grey macam tak sesuai je. Maklumlah rumah kami pun warna grey & sedikit oren. Macam kat atas tu le..... Tak puas hati cakap HB, iera ajak HB sekali lagi pergi tengok kawasan taman rumah kita orang, sambil2 tu bolehlah  check defect yang kita orang report hari tu. Bila tengok2, betul juga cakap HB warna yang iera idam tu macam tak sesuai je. Warna putih juga sesuai dengan warna rumah kita orang.HB cakap dia tak kisah je kalau iera tetap nak warna grey. Nak tak nak kenalah balik fikir dulu, lagipun kita orang belum bayar deposit lagi kat Cik Ivy, yang pasti Cik Ivy  tetap ambil dengan dia orang sebab harga yang diberikan amatlah berpatutan jika dibandingkan dengan kontraktor kawasan taman kita orang tu.




 Photobucket

3 comments:

BlossomBatik said...

Salam
Boleh berikan contact number cik ivy tu? blossombatik@yahoo.com
TQ

BlossomBatik said...

Salam
Boleh berikan contact number cik ivy tu? blossombatik@yahoo.com
TQ

BlossomBatik said...

Salam
Boleh berikan contact number cik ivy tu? blossombatik@yahoo.com
TQ

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™