Salam kembali..
Sebelum ini iera pernah bercerita mengenai teratak kami. Bermula dari penyerahan anak kunci sehingga kini, kami belum melakukan apa2 lagi pada teratak tersebut. Pada hal sebelum ini, iera begitu bersemangat untuk buat itu dan buat ini sebelum dapat kunci. Banyak juga blog kawan2 iera jenguk untuk mendapatkan inspirasi dan idea dari mereka semua.
Bila pusing-pusing di kawasan perumahan kita orang, bermacam-masam design yang dia orang pilih. Kelabu mata iera dibuatnya kerana semuanya cantik2. Kejap nak design tu, kejap nak design ni, pening iera dibuatnya. So HB cakap kita balik dulu, nanti bincang kemudian. Lepas tu, masing2lah dok sibuk google kat internet design yang diingini. Yang pastinya iera yang pilih design dan HB tukang pilih company je sebab dia yang jadi akauntannya, iera cuma audit je (hehehehehe).Keputusan kami adalah kat bawah ni.....
contoh grill jiran |
Kami juga buat keputusan untuk pasang awning je dulu kat belakang rumah. Walaupun teringin nak renovate untuk extand dapur tapi kami tangguhkan dulu tapi tak tahulah sampai bila..... so kami pasang awning jelah dulu untuk mengelakan tempias hujan. Itu pun sebab dia orang cakap kat belakang tempias hujan. Nak tak nak kena pasang jugalah.....
Contoh Awning jiran |
Nanti saya updated company mana kita orang pilih.....bye
No comments:
Post a Comment