IKLAN

20 August 2013

Persinggahan Ke Kuala Terengganu - Part 2

 Salam kembali....

Keesokkan paginya, kami memang merancang nak cari kedai  nasi dagang terengganu yang sedap. Orang cakap kalau tak makan nasi dagang ganu memang tak sah. Pada hal hari raya hari tu, dua hari berturut2 kami makan nasi dagang. Malam tu, memang kami dah cari di google kat mana yang sedap. Kebanyakkan semuanya tunjuk kedai Kak Pah di Medan Selera Pantai Batu Buruk. Tapi bila kami tanya orang2 kat situ, dia orang syorkan pergi di warung di belakang sekolah agama ladang. Macamlah kita orang tahu kat mana sekolah tu.





Tapi agak menyedihkan, kedai ni masih lagi tutup pada hari kami pergi tu. Pada mulanya kami agak was2 juga sama ada tutup atau belum buka lagi. Maklumlah kami pergi lebih kurang pukul 8.00 pagi, takkan belum buka lagi. Oleh kerana kami masih belum putus asa, kami bercadang nak cari warung nasi dagang dekat sekolah agama ladang tu. Kami pun pusing balik ke parking hotel untuk bertanya dengan pakcik yang jaga parking kat situ, di mana sekolah agama ladang tu. Rupanya tak delah jauh sangat dari hotel tu. Warungnya tak delah besar sangat, macan gerai makan kat kampung2 kita tu je. Kat situ bukan ke nasi dagang je ada, nasi minyak & nasi lemak sambal ikan aya pun ada. Kalau tak nak makan nasi, roti canai pun ada. Alang2 dah datang, iera siap beli nasi dagang & nasi lemak lagi. Yang special nya, sambal untuk nasi lemak bukan sambal ikan bilis tau, sambal ikan aya. Roti canai pun bungkus gak.... tamak betul!! Maaf ye tak dapat nak ambil gambar kedai tu.... malu orang ramai.


Walaupun kami dah siap beli bungkus nasi dagang, kami tetap turun breakfast kat cafe di hotel. Pada mulanya kami tak bercadang nak turun breakfast. Maklumlah untuk breakfast dia orang caj untuk kanak2 rm14.50 untuk 4 tahun ke atas. Aduh, 4 orang dah berapa..lebih baik beli bungkus  je. Bukan kedekut tapi macam tak berbaloi pulak. Abang-abangnya oklah, bolehlah iera paksa makan banyak2 tapi Adam & Affaf tu bukannya makan banyak sangat. Setakat cornflakes semangkuk, bolehlah. Disebabkan Adam sibuk dok bising2 nak makan kat hotel, kesianlah pulak. HB cakap tak pelah, bukannya selalu pun. So kami pergilah BF kat cafe tu. Lega rasanya bila cashier tu caj untuk 2 orang je, dia orang cakap caj ikut saiz kanak2 tu besar mana. Mana taknya, adam dan affah tu saiz lebih kurang je....

Nasi dagang kat hotel ni pun tak de kurangnya juga, sedap! tapi bagi kita oranglah. Bagi orang ganu tak tahulah. Terkejut iera tengok lauk ikan aya yang HB ambil, besar betul! katanya dia nak ratah sepuasnya sebab tadi beli bungkus ikannya lebih kurang sebesar jari je.




Pertandingan istana pasir di antara dua kumpulan....

Diketuai oleh Abahnya...

Diketuai oleh Umminya...



Dah siap main pasir dan mandi kolam, masing-masing sudah kelaparan pulak. Pada hal tadi baru je breakfast. Mujurlah ada nasi yang kami bungkus tadi. Inilah nasi dagang yang kami beli tadi. Rasanya harga sebungkus lebih kurang RM2 kot sebab tadi lupa nak tanya. Yang pasti kepala ikan aya tu RM5, rasa macam mahal jer sebab bukannya besar sangat @ memang macam tu harganya. Kalau kat rumah hari tu, iera tak makan pun kepala ikan ni. Tapi kat sini siap beli lagi sebab kita orang tengok orang lain beli gak.... so kami pun beli gaklah. 


Selepas check out, kami singgah sebentar untuk membeli keropok lekor & satar  di kemaman. Kat sini, berderet-deret kedai menjual keropok lekor tapi jangan tanya iera yang mana satu kedai yang sedap. Iera sendiri pun tak tahu sebab tiap kali kami berhenti kat sini, asyik kedai lain jer kami singgah. Selepas itu, kami teruskan perjalanan ke Beserah, Kuantan.

Photobucket

1 comment:

tun_telani said...

Alahai kak ira.. kg tun kat kemaman... hihi.. kalau kwn2 abah dr KL dtg kemaman dieorg akak ke kedai depan hospital besar kemaman utk mkn nasi dagang. sedap kata dieorg.

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™