IKLAN

30 November 2014

Telur Oh Telur

Salam Petang..

Ada sesiapa happy ke bila dengar berita harga minyak turun 4 sen?? Bagi iera, itu bukan yang menggembirakan pun. Barang-barang keperluan tak de nya turun. Makin naik adalah... Semalam  pergi kedai runcit dekat rumah, terkejut bila pekerja kedai tu cakap harga telur 10 biji rm5.80!! Mahalnya.. rasanya sebelum ni beli rm4.70 jer kat kedai tu. Rasanya dah berapa kali harga telur kat kedai tu naik. Dari rm4.00 jadi rm4.50 & terakhir beli rm4.70. Sekarang ni naik lagi. Selalunya iera beli kat kedai tu waktu terdesak je terutama stok kat rumah dah habis. Tapi takkan naik sampai rm1.10.


Dalam hati tertanya-tanya harga telur memang naik lagi kah? Singgah kat Speedmart 99 harganya baru rm4.40 sedangkan sebelum ni rm3.50. Selalunya iera beli barang kat speedmart 99 sebab barangnya agak murah jika dibandingkan tempat lain. Cuma kat sini pilihan tak banyak. Tiap kali pergi asyik barang sama jer...


Cuti-cuti sekolah ni, telur ni memang dah jadi barang keperluan dah. Maklumlah asyik kena masak jer. Kalau tak masak telur pun, iera memang suka buat kuih. Jadi telur sudah menjadi keperluan. Tak bolehkah telur ni jadi barang kawalan? Takkan harga ayam jer  barang kawalan. Bukankah telur ayam pun asalnya dari ayam gak...huhuhu



Photobucket

Roti Sarang Lebah Lembut


Assalamualaikum..

Fenomena roti yang masih belum reda. Sentiasa mendapat sambutan di kalangan peniaga di alam maya. Tiap kali tengok memang tergoda. Terdapat banyak resepi untuk roti ini tetapi kali ini iera copy dari  blog jintanmanis. Untuk tepung iera menggunakan tepung superfine kerana ketiadaan stok. Tetap lembut & gebu walaupun tidak menggunakan tepung roti.



Roti Sarang Lebah Lembut @ Bee Hives Buns 
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com


Bahan-bahanya ( untuk doh roti)


300gram tepung roti @ tepung high protein@ tepung superfine
200gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk  ( ros letak serbuk soya mealshake shaklee 2 sudu besar) 
2 sudu besar madu ( ni klu tak letak pun takpe) 
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
250ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
1sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain@natural yogurt

sedikit maple syrup atau pun madu sebagai sos untuk dijalurkan pada bee hives buns ini nanti.

Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu

(sedikit kuaci hijau, bijan hitam dan badam hiris untuk ditoppingkan pada bun bee hives tu nnt) 

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh  dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 12 ke 16 ketul, bulat-bulatkan, susun doh di dalam acuan petak, perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, tabur bijan hitam, kuaci hijau dan badam hiris, sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,  akhir sekali  bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat. 

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di dalam bekas bertutup. Apabila ingin menikmati buns ini jalurkan atasnye dengan maple syrup, nak makan dgn sos butterscotch pun boleh, Selamat Meroti buat semua.



Jika doh ni nak dibahagikan dua pun boleh, mcm ros buat hari tu, separuh ros buat bee hives buns separuh lagi ros campurkan serbuk koko dan biskut oreo hancur, khas utk anak2, letak salam papercup dan bakar seperti biasa.





Sos Butterscotch yang teramat sedap..


Sos Butterscotch

Bahan-Bahan 

250 g gula perang
250 ml Whipping Cream
1 sk garam
50 butter

Cara-Cara:
Mula-mula panaskan brown sugar dulu...
kacau guna senduk kayu...api sederhana...
kacau hingga jangan sampai terlalu hangus..
Kecikkan api...masukkan whipping cream UHT tu tadi...  kalau jenama Emborg ni krim nya cair sikit.. kalau whipping cream UHT jenama Anchor krim nya lebih pekat...
kacau lagi sampai takde yang berketul...
Bila dah sebati, matikan api, masukkan butter dan kacau... sedap kalau anchor butter
Tabur sedikit garam... nak sedap ada jual garam mineral kat kedai tapi saya guna garam halus aje... 
Bila dah sejuk, baru la kita simpan dalam bekas jar ni... pastu simpan dalam petiaias... makin lama simpan dalam peti ais, sosnya akan jadi lebih pekat...



Photobucket

27 November 2014

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com

Assalamualaikum..




Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.


Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar?
 Saya Sendiri

Umur pengguna?
36 tahun

Jantina pengguna? 
Perempuan

Jenis kulit?
Kombinasi

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Saya mempunyai masalah muka berjeragat dan masalah berbau di bahagian celah ketiak . Tiap kali saya menggunakan deodorant kulit saya menjadi gatal dan menyebabkan luka akibat kerap garu.  Saya juga mengalami  kegatalan di bahagian kulit di bahagian tangan dan leher. Oleh itu, doktor menyarankan saya agar tidak menggunakan sebarang deodorant atau sabun tertentu untuk mengelakkan sebarang arlegik pada kulit. Mungkin disebabkan foktor umur yang meningkat kulit saya menjadi  arlegik. Oleh itu, saya ingin mencuba ephyra Skin Bar untuk membantu menyelesaikan masalah arlegik pada kulit saya.

Pengguna Ephyra?
Tidak


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Photobucket

26 November 2014

Kuih Lapis Merah Putih

Assalamualaikum..

Sejak cuti sekolah bermula ni, iera dah pening kepala nak masak apa-apa untuk anak-anak. Maklumlah dia orang duduk kat rumah jer. Jadi iera kena sediakan makanan untuk pagi dan tengahari sebelum pergi kerja.  Pokai umminya nanti kalau setiap hari dok beli jer.



Cantik jer kejadian kuih lapis ni. Kuih lapis ni iera  ambil resepi dari Buku Chef Hanieliza  ( Satu Hari Satu Resepi). Resepi yang mudah dan sedap. 

Kuih Lapis
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan-Bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
2       sb tepung  beras
2      sb tepung jagung
¾     cawan gula
4      cawan santan dr sebiji kelapa
1      sk garam
Pewarna kegemaran


Cara-Cara

Gaulkan semua bahan dan tapiskan.

Bahagikan adunan pada 3 @ 4 bahagian ( iera buat 2 bhgn jer)
Masukkan pewarna ke dlm bekas yg berlainan.
Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang masukkan adunan warna pertama dan kukus selama 5 minit.
Lapiskan dgn adunan warna kedua dan kukus lagi 5 minit.
Ulangi langkah2 diatas berselang seli hingga habis kesemuanya.
Sejukkan dan baru potong..




Photobucket

25 November 2014

AMBON aka APAM KELATE Yang Gebu!!!

Assalamualaikum..

Tiba-tiba teringin nak makan kek ambon gara-gara jiran bagi sebekas minggu lepas. Rasa benar dah lama tak makan kek ambon ni. Dulu masa kecil-kecil kakak iera selalu sangat buat kek ni. Cuba-cubalah cari resepi ni kat google maka terjumlahlah beberapa resepi aka aka kek ambon ni. Tapi iera berkenan satu resepi yang tidak menggunakan baking powder & ovallete. Hati tertanya-tanya boleh kek kek ni naik @ lembut jika tidak menggunakan bahan tersebut. Kebiasaanya tiap kali buat kek mesti letak baking powder @ ovallete..

Tuan punya resepi cakap kalau tak betul caranya kek ni akan terbantut, mungkin jadi padat ko sebab tak naik langsung. Apa-apa pun tak salah kan mencuba? 



Selepas 30 minit mengukus, hati2 berdebar-debar membuka pengukus. Alhamdulillah, Ambon ni naik cantik jer. Kena tunggu sejuk dulu baru boleh potong jika nak tahu lembutnya. Ikutkan hati nak potong pagi ni tapi anak-anak tak sabar nak rasa. Lebih2 lagi si comel Affaf tu, pantang tengok warna pink. Asyik dok kutis2 je kek tu. Memang berbaloi mencubanya sebab kek ambon ni memang lembut & gebu. Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi berkongsi resepi ini. Minta izin saya CNP ye sebagai rujukan..



RESEPI AMBON aka APAM KELATE

Resepi : Intai Dapur



Bhn2:

1 cawan telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1s/t esen vanila/ esen ros - utk hilangkan bau telur

- panaskan dulu kukusan.
- pukul telur dan gula hingga betul2 kembang, sampai warna putih yer..pastu masukkan esen.
- perlahankan speed dan masukkan tepung, gaul sebati.
- bahagi adunan kpd 2 bhgn, 1 bhgn warna merah dan 1 bhgn warna asal.
- masukkan ke dlm loyang secara selang seli warna.
- kukus hingga masak lebih kurang 20-25 minit.
- sejukkan dan bolehlah dipotong...


* LAin kali saya kena kurangkan gula kepada 3/4 cawan sebab agak manis untuk saya.


Photobucket

23 November 2014

Menang Ottoman Dari Ain Furnishing Anjuran Majalah Anjung Seri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, menang ottoman dari Ain Furnishing. Memang tak sangka boleh menang. Lagipun peraduan ni dalam bulan Ogos 2013 lagi. Tapi pemenangnya mungkin baru diumumkan tahun ni. Sebenarnya ini adalah kali ke 4 iera menang peraduan dari Anjung Seri. Sejak melanggan Anjung Seri dari tahun 2011 lagi, iera memang suka menghantar peraduan yang ada dalam majalah tu. Apa-apa majalah yang iera beli pun, jika ada peraduan memang selalu hantar jer cuma tak pernah ada rezeki. Tapi murah rezeki betul kat Anjung Seri ni.



Sebenarnya tertanya-tanya apa benda ottoman ni? Siap google lagi....
Memang rugi kalau tak gi collect hadiah ni. Tapi Pihak Ain Furnishing ni baik betul, sebab kita boleh collect hadiah ni bila-bila masa jer. Iera cakap kat dia orang  tarikh tutup dah dekat sebab baru terima surat. Dia orang cakap tak pe.. bila2 pun boleh collect. Memang happy betul waktu tu!!






Cantik tak? 

Photobucket

Roti Cheese Bergula Yang Sedap & Lembut

Assalamualaikum & Selamat Pagi..

Dah lama benar iera tak meroti sejak breadmaker rosak. Ada juga try uli dengan tangan tapi rotinya tak berapa lembut & ada sekali tu dohnya langsung tak naik. Last2 buang jer doh tu.Sejak hari tu hati ni berkobar-kobar nak beli mixer besar agar senang nak meroti. 


Kali ini iera mencuba resepi roti dari Blog Zalinzalina. Iera memng suka singgah kat blog ni kerana suka tengok roti-roti yang beliau share. Memang tergoda dibuatnya. Jom kita tengok resepinya..

Tepung high protein   500 gram
Margerin   100gram
Telur B   2 biji
Garam halus   1 sudu kecik
Susu Pekat atau Susu Tepung    2 sudu kecik
Bread Improver    1 sudu kecik
Air suam   210 ml
Gula kastor atau gula pasir   100 gram
Yis kering   1 peket atau 11 gram

Masukkan semua bahan kecuali air suam, gula dan yis kering...

* Air suam dikacau dengan gula dan kemudian dicampurkan dengan yis kering...biarkan sekejap sampai berbuih.

***kalau guna mixer heavy duty kena uli selama 15 minit dan guna air sejuk... kalau terlalu lama diuli dengan air suam nanti doh cepat panas dan tekstur roti jadi tak cantik.....




Photobucket

20 November 2014

Peraduan vs Contest

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni saya suka sangat singgah blogger2 yang aktif join contest & menag hadiah best-best. Memang teruja tengok dia orang share hadiah-hadiah yang dimenangi. Bukan semua orang bertuah berjaya dalam contest macam tu. Lebih2 lagi jika contest tu memerlukan slogan. Bukan senang nak buat slogan, puas memerah otak memikirkannya. Jangan ingat slogan kita tu adalah yang terbaik kerana orang lain mumgkin lagi terbaik...

Sebelum ini ira pernah join banyak GA/giveaway kat blog-blog. Ada yang bertuah dan ada juga tak bertuah. Tapi hadiah yang dimenangi takdelah besar sangat. Masa tu memang seronok join dan lebih seronok lagi jika bertuah. Tapi makin lama makin boring pulak sebab setaip giveaway banyak sangat kena like.. like situ like sini. Maklumlah ramai sangat sponsornya. So kenalah like semua blogger/fb yang bagi sponser tu. Sejak itu dah makin malas nak join... Apa pun terasa nak join contest pulak!!!!


  Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™