Assalamualaikum..
Tiba-tiba teringin nak makan kek ambon gara-gara jiran bagi sebekas minggu lepas. Rasa benar dah lama tak makan kek ambon ni. Dulu masa kecil-kecil kakak iera selalu sangat buat kek ni. Cuba-cubalah cari resepi ni kat google maka terjumlahlah beberapa resepi aka aka kek ambon ni. Tapi iera berkenan satu resepi yang tidak menggunakan baking powder & ovallete. Hati tertanya-tanya boleh kek kek ni naik @ lembut jika tidak menggunakan bahan tersebut. Kebiasaanya tiap kali buat kek mesti letak baking powder @ ovallete..
Tuan punya resepi cakap kalau tak betul caranya kek ni akan terbantut, mungkin jadi padat ko sebab tak naik langsung. Apa-apa pun tak salah kan mencuba?
Selepas 30 minit mengukus, hati2 berdebar-debar membuka pengukus. Alhamdulillah, Ambon ni naik cantik jer. Kena tunggu sejuk dulu baru boleh potong jika nak tahu lembutnya. Ikutkan hati nak potong pagi ni tapi anak-anak tak sabar nak rasa. Lebih2 lagi si comel Affaf tu, pantang tengok warna pink. Asyik dok kutis2 je kek tu. Memang berbaloi mencubanya sebab kek ambon ni memang lembut & gebu. Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi kerana sudi berkongsi resepi ini. Minta izin saya CNP ye sebagai rujukan..
RESEPI AMBON aka APAM KELATE
Resepi : Intai Dapur
Bhn2:
1 cawan telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1s/t esen vanila/ esen ros - utk hilangkan bau telur
- panaskan dulu kukusan.
- pukul telur dan gula hingga betul2 kembang, sampai warna putih yer..pastu masukkan esen.
- perlahankan speed dan masukkan tepung, gaul sebati.
- bahagi adunan kpd 2 bhgn, 1 bhgn warna merah dan 1 bhgn warna asal.
- masukkan ke dlm loyang secara selang seli warna.
- kukus hingga masak lebih kurang 20-25 minit.
- sejukkan dan bolehlah dipotong...
* LAin kali saya kena kurangkan gula kepada 3/4 cawan sebab agak manis untuk saya.
2 comments:
gebuznya...cantik berseri2 tgk gabungan warna pinkn krim tu....emmmm...nyum.
Terima kasih...saya akan Cuba ....Insyallah !
Post a Comment