Assalamualaikum..
Sejak cuti sekolah bermula ni, iera dah pening kepala nak masak apa-apa untuk anak-anak. Maklumlah dia orang duduk kat rumah jer. Jadi iera kena sediakan makanan untuk pagi dan tengahari sebelum pergi kerja. Pokai umminya nanti kalau setiap hari dok beli jer.
Cantik jer kejadian kuih lapis ni. Kuih lapis ni iera ambil resepi dari Buku Chef Hanieliza ( Satu Hari Satu Resepi). Resepi yang mudah dan sedap.
Kuih Lapis
Resepi : Chef Hanieliza
Bahan-Bahan:
1 1/2
cawan tepung gandum
2 sb tepung
beras
2 sb
tepung jagung
¾ cawan
gula
4 cawan
santan dr sebiji kelapa
1 sk garam
Pewarna
kegemaran
Cara-Cara
Gaulkan semua bahan dan
tapiskan.
Bahagikan adunan pada 3 @ 4
bahagian ( iera buat 2 bhgn jer)
Masukkan
pewarna ke dlm bekas yg berlainan.
Panaskan
kukusan dan sapu minyak pada loyang masukkan adunan warna pertama dan kukus
selama 5 minit.
Lapiskan
dgn adunan warna kedua dan kukus lagi 5 minit.
Ulangi
langkah2 diatas berselang seli hingga habis kesemuanya.
Sejukkan
dan baru potong..
1 comment:
Tgk pic pun dah terliur. Mesti sedap ni nyum nyum...
Post a Comment