IKLAN

13 March 2013

Kek Mentaga Pandan Versi Cupcake


Assalamualaikum...

Dah lama teringin untuk mencuba resepi kek ini dari Dapur Masam Manis.  Bila tengok bahan-bahannya, tak delah susahkan sangat untuk disediakan. Lagipun, bila pandang je gambar kek tu kat blog kak ita, sesiapa pun boleh tergoda. Iera seperti biasalah, lebih suka membakar dalam versi cupcake. Maklumlah kurang mahir sikit kalau bakar sebiji. Ada je bahagian yang tak jadi......

 

Terima kasih kerana sudi kongsi resepi yang sedap ini. Minta izin iera CNP kat sini ye kak...


KEK MENTEGA PANDAN
 
By : Chef Zubaidah
Rujukan : Buku Resepi Jamuan Kek

Sumber : Masam Manis

270 gm mentega
230 gm gula kastor
5 biji telur
60 gm santan
1 sudu besar pes pandan
1 sudu teh pewarna hijau epal
240 gm tepung naik sendiri
30 gm kelapa parut kering
1/2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla

Sediakan loyang 9 inc
Sapukan sedikit mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek
Panaskan oven pada suhu 170C

Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati dan berkrim
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul
Kemudian masukkan  esen vanilla, kelapa parut , pes pandan dan pewarna hijau
Masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan santan
Tuangkan adunan ke dalam loyang 9 inc dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek dimasak sempurna









Photobucket

2 comments:

tun_telani said...

Salam kak ira, gebu nmpk cupcake nih.. ada kelapa tu mesti bau dia lg wangi kan.

TeacherAzimah said...

Perghhhhhh sgt2 membatkan tekak ni rasa teringin amat sgt. Blh pos? Hahaha

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™