IKLAN

12 March 2013

Kuih Keria

Assalamualaikum....
 
Selamat pagi buat semua & kembali ceria di alam maya ni...
Rasanya dah lama tak berkongsi resepi kat sini. Walaupun iera ni bukanlah pakar dalam masakan tapi iera paling suka mencuba resepi2 dari kawan-kawan di alam maya ini. Mudah betul zaman sekarang ni, teringin je nak masak apa, google je kat internet. Taip je resepi apa yang kita nak.....

Pertama kali iera try buat kuih keria ni. walaupun nampak mudah tapi iera tak berapa yakin bahagian sira gula tu. Oleh kerana terbeli ubi keledek yang agak banyak, teringinlah pulak untuk mencubanya. Sebelum tu iera dah siap2 buat dan simpan dalam freezer cuma belum salut dengan gula je.



  

Rupanya tak delah susah sangat ye, senyum lebar kita bila lihat kuih keria ni cantik je bersalut dengan gula. Kalau tahu dari dulu lagi iera try. Rasanya minggu ni nak beli lagilah ubi keledek sebab pagi tadi sempat makan 2 ketul je. Lajulah pulak dia orang makan, tengok2 tinggal seketul je, itupun untuk HB merasa.....


Terima kasih kepada Kak Ita dari Masam Manis kerana sudi kongsi resepi yang teramat mudah ini. Terima kasih juga kepada Kak Wan selaku puan punya resepi. Minta CNP kat sini ye kak...


 
KUIH KERIA

By: Kak Wan
Rujukan : Citarasawan
Sumber : Masam Manis

250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk
Untuk menyalut keria

Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera



dalam kuali..


  Photobucket

1 comment:

tun_telani said...

Salam kak ira. tun selalu fail wat keria nih, sama ngan cek mek molek.. lgsg xpenah menjadi. huhu... bila wat jd samaada keras kejung atau lembik melekat2 kt tangan. dh byk resepi cuba, last2 give up je.. huhu.. kesian betul.

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™