IKLAN

11 March 2013

Mengimbas Kembali

Salam Buat Semua... 

Lama betul iera tak updated blog ni. Apatah lagi nak singgah di blog kawan-kawan semua. Terlalu sibuk dengan kerja2 di ofis. Sekarang ni baru rasa lega sikit sebab kerja dah berkurang. Lepas ni adalah masa sikit untuk iera updated blog kesayangan iera ni. Walaupun kadang2 tak de idea langsung nak kongsi bersama kawan-kawan disini.

 

Pada suatu masa dulu, iera paling suka bercerita pasal masakan. Waktu tu, iera aktif berkongsi mengenai masakan di Blog UmmiAffaf. Rasanya tak lengkap kalau sehari iera tak singgah blog masakan kat alam maya ini. Ada je resepi2 yang tergoda membuatkan iera tak sabar-sabar ingin mencubanya. Resepi yang paling iera suka cupcake. Waktu tu, memang mabuk tengok cupcake yang cantik2 kat alam maya. Malah sanggup menempahnya waktu tu memang tak de skill langsung dalam bakeri. Waktu semangat tengah berkobar-kobar, iera menghadiri juga kursus yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti .


Kursus mufin & cupcake
Percubaab pertama

Bukan setakat minat je, malah sudah berani mengambil beberapa tempahan. Waktu tu, orang ramai tengah kemaruk menempah cheese tart.Pelanggan yang paling dekat hanyalah cikgu-cikgu sekolah HB je. Maklumlah HB asyik dok bawa hasil air tangan kita kat sekolah. Walaupun kurang berkeyakinan, iera mencubanya juga. Feedback yang diterima amatlah positif, sejak itu iera sanggup mengambil tempahan dari luar pulak. Bila order yang diterima tidak putus-putus, mulalah terasa penat yang teramat sangat. . Nak buat macamana, siang kerja kat ofis, tengah malam baru mula projek bakeri. Awal2 tak boleh kerana uruskan anak2, bila anak masuk tido baru iera mulakan. Langsung tak cukup tido dan badan terlalu penat. Akhirnya iera berhenti je terima tempahan kerana terlalu penat. Lebih2 lagi kesihatan iera tidak mengizinkan badan ini terlalu penat.

Tempahan cheese tart

Selain itu, ira juga meminati kerja kraf. Iera sering juga terjah blog2 kraf dan mula jatuh cinta dengan hasil mereka. Oleh kerana Kolej Komuniti ada mengajurkan kursus2 kraf, iera mengambil peluang itu untuk mencubanya walaupun bakat tak seberapa. Walaupun kini masih belum menghasilkan apa2 lagi. Terasa luculah pulak.....



Terasa rindu kembali untuk aktif di alam maya ini. Berkongsi idea dan cerita bersama-sama kawan2 disini. Tak kisahlah pasal masakan atau kraf. Kedua-duanya iera minat dan akan cuba memupuk kembali minat tersebut. Bye....


Photobucket

4 comments:

tun_telani said...

Salam kak iraaaa!!!!!!!!!!!!!!! pat2, kembali aktif blogging! hihi... ada few bloggers yg geng2 awal berblog dulu pun duk sunyi sepi je skrg.. kak hasue dh berbulan x update blog! haha.. tun last month cuma 3 kali je n3 sepanjang bulan. kui kui.. masing2 busy manjang.. tp sekali sekala jenguk la pengubat rindu :)

IeRA said...

Salam Tun..

itulah pasal, lepas ni nampak gaya kena aktif kembalilah. Rundu kat kawan2 semua...

TQ

BELAJAR MASAK2 said...

Hi ra...aktifkan dirimu kerana daku pon sudah dtg angin malas sekian lama :(

BELAJAR MASAK2 said...

Hi ra

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™