IKLAN

12 June 2013

Teratak Cassia : Houses Lightings di Puchong

Salam...

Seumur hidup iera, memang tak pernah masuk kedai lampu apatah lagi nak beli melainkan beli mentol lampu adalah. Itupun pun jenis lampu kalimatan je. Macam biasalah, sebelum tu iera mesti survey2 dulu kat internet kedai mana yang selalu orang pergi. Tapi rata-rata kedai Houses Lighting kat Puchong yang menjadi pilihan orang ramai. Kata mereka, harga kat sini memang murah dan cantik2. Bila orang cakap kedai ni memang murah, iera pun macam dah malas nak survey kedai lain lagi lagipun kita orang ni pun bukannya tahu sangat pasal lampu. 

Kali pertama kita orang pergi kedai ni cuma untuk survey je dan memang tak de niat nak beli pun. Waktu tu orang memang ramai, mungkin hari minggu kot. Nampaknya kita orang kena datang hari biasa kot. Bila masuk, memang pening nak pilih yang mana satu, kelabu mata dibuatnya. Anak2 iera pun asyik dok tekan je suisnya sampai sakit mata dibuatnya. Kita orang singgah kejap je, kalau nak beli memang kena datang hari biasa dan tak boleh bawa anak. Yang confirm kita orang akan beli kipas & lampu kat sini je


 


Kali kedua kita orang datang cuma dapat kipas siling je sebab tak muat kereta. Macam mana nak muat kalau 7 biji kipas dan kotak-kotanya besar pulak tu. Lagipun masa dah tak cukup untuk kita orang memilih untuk lampu kerana hari dah agak lewat. Kali ketiga kita orang datang baru settle pasal lampu. Waktu tu kita orang sampai, kedai pun belum buka lagi. Semangat betulkan....









Tiga jam juga kita orang dok bertapak kat kedai tu, penat dok memilih yang mana berkenan dihati. Mana taknya, yang iera berkenan HB pulak tak berapa berkenan, yang dia berkenan aku pulak tak berapa suka. Last2 dia setuju je yang aku pilih tapi ada juga yang dia pilih. Kejamlah pulak kalau tak setuju dengan pilihannya. maklumlah, dia yang tukang bayar. Mujurlah apa yang kita orang beli hari tu muat je dengan kereta kita orang. Risau juga kalau tak muat malas nak datang lagi...

  
Kita orang bawa balik rumah dulu sebab tak dapat letak kat rumah sana. Orang wiring kata, tak selamat letak kat sana. Nanti dia orang nak pasang baru dia orang minta kita orang hantar. Aduh, malasnya nak bawa balik dan pergi hantar lagi. Jauh rasanya nak berulang alik ke sana. (padan muka aku beli rumah jauh nun di sana, nak buat mcm ner...mana mampu nak beli kat bandaraya KL ni).

Photobucket

No comments:

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™