IKLAN

26 December 2012

Sup Kambing





Assalamualaikum dan selamat pagi..

Kali pertama dalam sejarah, iera masak resepi kambing. Boleh dikatakan iera ni suka juga makan kambing tapi masak memang tak pernah. Tiap kali berkursus dan bila ada menu kambing, waktulah iera dapat merasanya. Lebih2 lagi bila makan kambing bakar dgn sos blackpaper. Tapi bila hubby ckp nak beli, tak nak sebab tak reti nak masak. Malu nak cakap kambing ni iera dapat atas pemberian kakak ipar semasa korban raya hari tu. Dah berkurun dok dalam peti ais tu sebab puas dok fikir nak buat apa. Bila cari resepi kat google & taip "sup kambing' maka terhidanglah satu resepi yang tertera kat atas tu.Risau juga takut rasanya tak seberapa sebab pukul 5.00 pagi iera merenehnya. Tapi mujurlah hubby & anak2 cakap sedap maklumlah tak pernah buat sup macam ni. Biasanya asyik buat sup guna sup bunjut je...... 


Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi yang tidak asing lagi tapi iera ambil  resepi ni dari blogresipi. Izinkan iera CNP resepi kat sini ye..

Sup Ekor Lembu Chef Wan

Bahan-bahan

  • 125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran
  • 500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2 – iera guna tulang kambing
  • 2 sb ketumbar tumbuk
  • 1 sb jntan putih
  • 1 sb jintan manis
  • 1 1/2 sb puri tomato
  • 1.5 l / 6 cwn air
  • 1 btg karot – didadu
  • 2 btg saderi – didadu – tak letak
  • 1 biji kentang – didadu
  • garam
  • lada hitam yg baru dikisar
  • daun ketumbar – dihiris2
  • bawang goreng – tak letak

Rempah Tumis

  • 4 bj buah pelaga
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:

  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 btg serai, dihiris2
  • 1 cm halia

  1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
  2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
  3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
  4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
  5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
  6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang (tak sempat letak bawang goreng pasal tak sabau nak makan.hehe).

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj. – iera guna periuk vision je tp api kecil

Photobucket

25 December 2012

Kunci Rumah Baru Teratak Iera


Salam....

Minggu lepas kami  pergi ambil kunci rumah kat pemaju. Itu pun kira pemilik yang terakhir sebab kebanyakkan tarikh 'appointment' semuanya dah habis org lain 'book' cuma tarikh tu je yang tinggal.  Tapi okey juga ambil lewat sebab kami tak delah terburu-buru nak pindah lagi malah tak de perancangan pun nak pindah buat masa ini. So ada masa lah dok fikir2 apa nak mekap2 kat rumah tu nanti, lagipun bukannya ada banyak budget pun.

Lepas ambil anak kunci dan buat pembayaran apa2 yang patut. Kita orang gi lah  tengok rumah untuk check apa yang patut. Rupanya dah ramai orang lain dah siap pasang grill, iera ni grill pun belum survey lagi. Mulalah hati berkobar2. Bila nak cerita bab rumah ni, memang sakit hati, maklumlah banyak sangat nak isi kat borang defect tu (mungkin faham apa yg iera maksudkan). Dekat setengah hari kita orang check satu persatu. Walaupun sikit, iera report  je kat borang tu. Itu rumah kita, rumah baru lagi tu. Tentulah kita nak yang sempurna. Kita bayar mahal-mahal, suka hati dia orang je buat cincai2 je. Ingatkan nama Syarikat yg gah, kualitinya elok rupanya tidak. Oleh itu, jangan percaya pada jenama .....

 Photobucket

Kek Baldu Merah Versi Cupcake

 Assalamualaikum...

Dah lama tak 'membaking'. Kalau dulu iera memang kemaruk je, mungkin waktu tu semangat tengah berkobar-kobar. Pantang tengok resepi2 mengoda, terus je teringin nak mencuba. Cuma sejak akhir2 ni, semangat tu dah hilang.  Buat ni pun paksa merajinkan diri je sebab menghabiskan stok2 yang dah lama tersimpan. Waktu kemas stok2 bakeri hari tu, banyak dah expired. Banyak jugalah terbuang, terasa sayanglah pulak.



Hari ni ada jamuan makan2 kat ofis, sempena meraikan kakak senior yang akan bersara. Sambil2 makan sendiri, boleh bawa sikit kat ofis.Resepi yang dah lama tersimpan itupun kawan yang bagi, so terima kasih kepada tuan punyai resepi....


RED VELVET CAKE


Langkah Pertama:

240ml susu cair / (susu kotak  full cream dutch lady)
dicampur dengan 2 sudu teh cuka
(perap selama 10 minit dan campurkan 2 teh pewarna merah)
ketepikan dulu.....

Langkah kedua:
Ayak bahan-bahan ini :-

250 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan cocoa powder

Dah ayak ketepikan dulu juga.....

LANGKAH KETIGA

Bancuhkan dua sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat.
Ketepikan dulu.


LANGKAH TERAKHIR

Pukul sampai kembang:-

150gm butter (saya gunakan butter lurpak)
100gm gula castor
200gm gula perang (brown sugar) –
letak 150gm je, takut manis
1 sudu teh esen vanila.

Lepas tu masukkan 2 biji telur satu demi satu. Pukul lagi sampai kembang.


Masukkan pula tepung yang dah ayak tadi berselang seli dengan bancuhan susu cair dan pewarna. Last sekali masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.

Bakar dalam oven yang dah dipanaskan selama 10 minit. Dengan suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit.
*  langkah ketiga tu, saya bancuh time  tgh buat langkah terakhir…..bancuh je, terus masuk cepat2 dlm bancuhan terakhir….kaup balik, terus bakar…..

Untuk cream cheese pulak, iera copy dari Dapur Masam Manis. Terima kasih ye kak ita...


Cream Cheese Frosting

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Dalam oven

Photobucket

23 December 2012

KARIPAP

 Assalamualaikum...

Antara aktiviti Iera hari minggu yang lepas. Saja nak buat stok frozen sementara cuti sekolah yang akan berakhir tak lama lagi. Nanti sekolah dah buka, bolehlah sediakan untuk anak2 breakfast ke sekolah nanti. Sebenarnya iera dah lama nak try resepi doh karipap dari Tun Telani ni setelah melihat ramai dah mencubanya. Tapi disebabkan dah lama tak beli yang dah siap frozen, teringinlah pula mencuba bakat yang tak berapa ada ni. Pada mulanya iera guna acuan karipap je, main kapit je. Bila dah siap susun, ianya terbuka balik tapi tak semualah. (org ckp letak bancuhan tepung kat kulit tp malas nak letak). Kesudahannya iera kelim dgn tangan je walaupun tak berapa cantik. Janji ianya tertutup...


DOH KARIPAP



Bahan²  * Iera buat 2 adunan (lebih kurang 1kilo tepung)
4 cawan tepung
2 sudu besar margerin _ ( Diana guna mentega )
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
1/2 sudu teh garam


Cara² 
  1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk hingga margerin cair ( tak perlu didih ). Tutup api.
  2. Segera masukkan tepung ke dalam periuk tadi ( *akak sediakan tepung yang dalam bekas, dan tuang jek minyak dan mentega panas tadi.) Gaul guna garpu biar crumble sikit. ( jgn guna tangan, melecur nanti ).
  3. Bila adunan agak sejuk, campurkan air dan garam dan uli lebih kurang 15 minit hingga nampak doh lembut dan berminyak. Bolehlah dibuat karipap dengan inti kegemaran.  
    ·  INTI UBI KENTANG

    Resipi Oleh ~ Ros @ Jintan Manis  

    Bahan²
    1 biji keledek saiz besar ( boleh diganti dengan kentang ) _ Diana guna ubi kentang
    1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam ) - ayam
    2 sudu besar udang kering
    2 sudu besar serbuk kari
    1 sudu besa cili kisar - tak letak
    Garam


    Cara²
     
    ·  Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blend udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. 
    ·  Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
    ·  Kemudian masukkan bahan yang di blend tadi dan kacau sebati.
    ·  Akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air. Kacau selalu dan biarkan keledek empuk.
    ·  Sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dan inti agak kering, tutup api dan sejukkan.
    ·  Bolehlah memulakan sesi membuat karipap.
Siap utk frozen
Photobucket
© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™