IKLAN

25 December 2012

Kek Baldu Merah Versi Cupcake

 Assalamualaikum...

Dah lama tak 'membaking'. Kalau dulu iera memang kemaruk je, mungkin waktu tu semangat tengah berkobar-kobar. Pantang tengok resepi2 mengoda, terus je teringin nak mencuba. Cuma sejak akhir2 ni, semangat tu dah hilang.  Buat ni pun paksa merajinkan diri je sebab menghabiskan stok2 yang dah lama tersimpan. Waktu kemas stok2 bakeri hari tu, banyak dah expired. Banyak jugalah terbuang, terasa sayanglah pulak.



Hari ni ada jamuan makan2 kat ofis, sempena meraikan kakak senior yang akan bersara. Sambil2 makan sendiri, boleh bawa sikit kat ofis.Resepi yang dah lama tersimpan itupun kawan yang bagi, so terima kasih kepada tuan punyai resepi....


RED VELVET CAKE


Langkah Pertama:

240ml susu cair / (susu kotak  full cream dutch lady)
dicampur dengan 2 sudu teh cuka
(perap selama 10 minit dan campurkan 2 teh pewarna merah)
ketepikan dulu.....

Langkah kedua:
Ayak bahan-bahan ini :-

250 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan cocoa powder

Dah ayak ketepikan dulu juga.....

LANGKAH KETIGA

Bancuhkan dua sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat.
Ketepikan dulu.


LANGKAH TERAKHIR

Pukul sampai kembang:-

150gm butter (saya gunakan butter lurpak)
100gm gula castor
200gm gula perang (brown sugar) –
letak 150gm je, takut manis
1 sudu teh esen vanila.

Lepas tu masukkan 2 biji telur satu demi satu. Pukul lagi sampai kembang.


Masukkan pula tepung yang dah ayak tadi berselang seli dengan bancuhan susu cair dan pewarna. Last sekali masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.

Bakar dalam oven yang dah dipanaskan selama 10 minit. Dengan suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit.
*  langkah ketiga tu, saya bancuh time  tgh buat langkah terakhir…..bancuh je, terus masuk cepat2 dlm bancuhan terakhir….kaup balik, terus bakar…..

Untuk cream cheese pulak, iera copy dari Dapur Masam Manis. Terima kasih ye kak ita...


Cream Cheese Frosting

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Dalam oven

Photobucket

1 comment:

fieda said...

aduhai..teringin nk buat jugak tp tak terbuat buat..

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™