IKLAN

05 December 2012

Puding Roti Kismis Chef Asma

Assalamualaikum... Teringin nak makan puding roti, selalunya kalau buat asyik tak jadi je. Tiap kali berkursus kat hotel quality , memang wajib makan puding roti kat cafe hotel tu. Sedap sangat. Bila tengok puding roti kat situ, teringat kat resepi chef asma. Katanya resepi puding rotinya sama kat hotel quality tu sebab beliau pernah kerja kat situ. Katanya lagi, puding roti tu merupakan feberet 'Siti Nurhaliza'. Kira citarasa kami sama jugalah kan...hahahahaha



Resepi Puding Roti Kismis Wanita Hari Ini TV3 24 Julai 2012...
Bahan - bahan :-
8 keping roti
100 gm kismis @ kurma- ikut suka nak letak berapa banyak..- ganti coklat chip
100 gm gula kastor
500 ml susu segar
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm mentega
Secubit serbuk kulit kayu manis- ikut suka

Cara Membuatnya :-
1. Sapu roti dengan mentega, susun roti didalam acuan @ mangkuk kaca ukuran 8 inci x 8 inci sebanyak dua lapisan.( bahagian bawah hanya roti segiempat sahaja & bahagian atas dipotong segitiga - 4 keping roti setiap bahagian.)
2. Tabur kismis setiap lapisan , untuk membuat toppingnya:- satukan susu segar, telur , gula , esen vanilla dan serbuk kulit kayu manis.
3. Pukul hingga sebati dan tuangkan keatas roti, mentega yang selebihnya di letakkan diatas permukaan roti.
4. Perapkan selama 20 minit sehingga roti lembut dan bakar dengan kaedah " steambath" selama 35 minit api ketuhar atas dan bawah pada suhu 150C - 160C.
5. Apabila masak, enak dimakan bersama sos vanilla atau vanilla ice- cream.

Resepi Vanilla Sos.
 
Bahan- bahan :-
500 ml susu segar
1/4 sudu kecil esen vanilla
80 gm gula kastor
20 gm tepung kastard - dilarutkan dengan sedikit air

Cara membuatnya :-
1. Masukkan semua bahan - bahan kecuali tepung kastard.
2. Masak sehingga mendidih, apabila mendidih  masukkan kastard yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
3. Kacau hingga sebati dan tutup api.Jika sos pekat boleh ditambah sedikit susu segar.  





Photobucket

1 comment:

bondalesungpipit said...

salam kenal...
selamat singgah n 4low u dear...
now tggl jejak...
ank2 suke puding roti yg ade sos kastard ni, klw wat yg biase c kakak x nk mkn...

© Tentang Dia | Templates by : Nurulchumel's Design | All Rights Reserved™